Jika zaman dahulu ibu dan bapa sering menekankan anak-anak untuk ke sekolah agama, namun berbeza penekanan pada zaman kini.

Walaupun bergelar ibu muda dan moden, Elyana tidak memandang rendah terhadap didikan agama buat anaknya, Cinta Sumayyah.

Elyana Hantar Anak Mengaji Sejak Umur 4 Tahun

Jika dilihat melalui akaun Instagramnya, Elyana sering menghantar anak ke kelas mengaji dan adakalanya dia meminta anaknya untuk membaca doa melalui beberapa posting.

MH Online sempat bertanya pada tuan punya badan tentang perkara ini.

IKLAN

“Sebenarnya dulu pun memang saya pergi kelas mengaji seperti orang lain, jadi apabila saya sudah dewasa dan ada anak kecil yang mindanya sedang aktif, saya tidak mahu melepaskan peluang ini.

“Saya mengambil langkah yang mudah, saya kembali kepada fitrah. Dari kecil saya memang sudah ada didikan agama, jadi saya mahu terapkan pada anak saya asas manusia adalah al-Quran.

“Apa-apa pun, tidak kira senakal mana kamu bila bercakap tentang solat, jadi solatlah. So dari kecil memang saya berazam ingin didik anak bukan setakat ABC, tetapi Alif Ba Ta juga,” jelasnya.
Elyana Hantar Anak Mengaji Sejak Umur 4 Tahun

IKLAN

Elyana turut berkongsi dia telah menghantar anaknya ke kelas mengaji sejak berusia 4 tahun dan sering mempraktikkan amalan mengaji di rumah bersama anaknya agar ia boleh dijadikan contoh yang baik.

“Saya hantar anak saya ke kelas mengaji sejak umur 4 tahun. Saya nak dia mahir mengaji dari kecil, dan apabila di rumah saya juga akan lakukan perkara yang sama supaya dia tengok saya sebagai ibu juga mengaji sama sepertinya.

IKLAN

“Saya akan biasakan dia menbaca doa dan mengaji kerana saya percaya, jika kita baca al-Quran atau ayat-ayat suci setiap hari ia akan menjadi lancar dari masa ke masa,” jelasnya lagi.

Malah dalam masa yang sama Elyana juga berkongsi tip buat ibu-ibu di luar sana yang ingin mendidik anak untuk mula mendekati al-Quran.

“Bagi saya, sebagai ibu moden zaman sekarang, jangan paksa anak, ebaliknya tunjukkan pada mereka, biar mereka lihat apa yang kita buat dan secara tidak langsung ia akan ikut dan praktikkan apa yang dilihat,” kongsinya.

MH Online bangga melihat bagaimana Elyana mendidik anaknya untuk mengaji malah kami juga agak kagum apabila mendengar anaknya mengaji ataupun membaca doa, sangat jelas.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI