Elly Mazlin Kongsi Foto Ikonik Kampung People, Peminat Banjiri Ruang Komen Tanda Tak Sabar

Share

Selepas menerima sambutan diluar jangkaan, drama rantaian popular, Kampung People bakal kembali menerusi musim terbaru.

Difahamkan drama arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin itu kini sedang giat menjalani proses pengambaran.

Terbaru, drama Kampung People kembali menjadi sebutan ramai selepas pelakon utama, Elly Mazlin dilihat memuat naik foto ikonik keluarga Pak Abu lakonan Rashidi Ishak yang dilihat sama seperti salah satu babak di dalam musim yang pertama.

Foto tersebut nyata mengungdang rasa teruja di hati ramai pihak.

“Rindu tak dengan keloge Pak Abu? A K A N D A T A N G,” tulisnya.

Entri berkenaan turut dimuat naik oleh Rashidi juga menerusi platform yang sama.

Dalam pada itu, posting yang dimuat naik oleh Elly yang membawa watak sebagai Mona itu telah pun meraih lebih 70,000 tanda suka malah turut dihujani ribuan komen.

Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan keterujaan selain turut tidak sabar menantikan sambungan drama tersebut.

Selain mengekalkan gandingan lama seperti Rashidi Ishak, Elly, Riena Diana dan Hun Haqee, Kampung People musim ke-2 turut bakal menampilkan beberapa muka antaranya penyanyi dan pelakon komedi, Adibah Noor.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

 

 

IKLAN