Tahniah diucapkan buat penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein yang telah pun selamat dirisik bakal suami dalam sebuah majlis yang dilangsungkan sebentar tadi.
Difahamkan, keluarga belah lelaki yang berasal dari Kelantan, telah bertandang ke kediaman pihak perempuan di Cyberjaya.
Turut disempurnakan ialah sesi menyarung cincin buat Elly Mazlein oleh ibu bakal suami sebagai simbol penyatuan dua jiwa.
Majlis tersebut hanya dihadiri kedua ahli keluarga.
Ads
Semalam, penyanyi Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu ada memuat naik beberapa foto yang berkaitan dengan majlis yang bakal dilangsungkan itu di Instagram.
Menerusi sekeping foto yang dikirimkan pembaca, bintang itu dilihat cantik mengenakan gaun rona keemasan sedondon dengan permata hati, Putri Sara Sephia yang kini mencecah usia tiga tahun.
Ads
Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014, bagaimanapun berpisah pada 15 Oktober 2015.
Elly menerusi temu bual bersama media mengakui bakal mendirikan rumah tangga tahun hadapan, namun semuanya akan dijelaskan secara terperinci menerusi satu sidang media khas.
Foto: Instagram Elly Mazlein
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berkongsi perkembangan terkini Baby Danial, Abby Abadi menerusi Instagram mengesahkan bayi pra-matangnya kini semakin stabil.
Lebih positif, anak bongsunya itu kini hanya bergantung 65 peratus kepada mesin bantuan pernafasan, berbanding 90 peratus sebelum ini.
Jelasnya lagi, bayi yang lahir pada usia kandungan enam bulan ini semakin kerap menyusu dan dia turut berterima kasih kepada Memey Suhaiza atas pengorbanannya menyediakan bekalan susu ibu buat si kecil.
“Tadi.. sebelum ke NICU, Hospital Sungai Buloh, nak jenguk Baby Muhammad Danial Firman utk sesi malam .. singgah rumah @normanhakim_786 & @memeysuhaiza ambil susu lagi. Sebab? Sebab susu kita tiap2 hari hantar pun tak cukup.. tak terkejar Baby Danial minum banyak skrg . TQ tau Mey, hanya ALLAH dpt membalasnya. TQ Oman juga sbb bg keizinan bg susu pada Baby Danial Sy.
“Hari ni hari ke 12, Syukur Alhamdullillah. Dalam pada hati tak berhenti menangis teringatkan keadaan kesihatan Baby Danial yg turun naik, siang tadi pergi melawat dia, terubat sikit hati bila tahu Baby Danial buleh tolerate dgn susu badan & pembuangan pun lancar. Dan hari ni pernafasannya nmpk mcm stabil sikit..dah turun 65% bergantung pada mesin (smlm 90% guna mesin) Sy & suami baca sendiri sbb takut nk bersembang dgn Doc)” kongsinya.
Bekas kumpulan Elite ini turut meluahkan penghargaan kepada staf hospital atas tanggungjawab menjaga anak kecilnya dengan penuh kasih sayang.
“Sempat sembang dgn beberapa org staff nurse je tadi. Baby Danial pun nampak terjaga baik. Walaupun Sy tahu, nurse dalam tu sibuk, dorang tak sempat nk belai Baby Sy, tp Saya yakin ramai yg mengambil tanggungjawab nakkan yg terbaik utk Baby2 yg ada disitu termasuklah Baby Danial kami. Tak belai pun takpelah.
“Tolong beri perhatian yg sewajarnya pun dah cukup baik utk Baby2 kami terus bertahan,” tulisnya lagi.
Dia turut berharap agar Allah terus memberikan anaknya kekuatan untuk membesar dengan sempurna.
“Semoga ALLAH terus kuatkan Baby Danial & Baby Danial dpt membesar dgn jayanya ye sayang. Mama Abah Abang Kakak semua sayang sangat kat Danial dunia akhirat. Tak sabar nk peluk cium Danial sayanggggg. Skrg tak bulehhh.
“Ps: Kawan2 tau tak kat mana nk beli terus mamypoko premie mcm gmbr kedua tu? Sy dah order online lambat pulak sampainya. Skrg tengah pinjam org punya. Nak ganti balik tp dah order, dah bayar dia tak jawab2 lagi.. stok nk habisss ni.
“Tolong info please kt mana nk beli terus. Terima Kasih & teruss terusan doakan Baby Danial Sy ye. Hanya ALLAH dpt balas jasa baik kalian dunia akhirat,” kongsi Abby.
Pelakon jelita, Amyra Rosli telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut, Amyra atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli telah menitipkan kata ucapan sempena hari jadi anaknya, Aqeef Anaqi yang kini sudah berusia 2 tahun.
Difahamkan, aktres drama bersiri Nur itu kini berada di tanah suci Mekah bersama suami dan anakya untuk menunaikan ibadah Umrah.
“Happy birthday anaqi!! (Mommy baru lah nak sempat wish birthday kat anak bujang sorg ni..)
“Untungnya kamu wahai anak dpt sambut hari lahir dekat rumah Allah.. awal sungguh anaqi menyahut panggilan Allah..
“Mcm baru je smlm anaqi dlm labour room dgn mommy, daddy @amarbaharin n dr @_s__e__r__i_ .
“Haaa x nak la type panjang2 nnti mommy nangis
“Moga allah sentiasa melindungimu wahai anak.. SAYANG ANAQI,” tulisnya.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...