Pelakon dan pengarah, Ellie Suriati merupakan antara individu yang turut berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta hari ini bagi memberikan sokongan terhadap mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun, situasi yang tenang kecoh seketika apabila para penyokong Najib dikatakan bersorak hingga menimbulkan kecekohan di hadapan premis berkenaan apabila peguam negara (AG), Tommy Thomas melakukan sidang media khas mengenai isu membabitkan Najib.

Menerusi video menerusi Sinar Harian Online,MH difahamkan bahawa Ellie juga antara yang terawal dan paling lantang bersuara malah ke depan bagi memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Najib.

Ellie Suriati Antara Individu Buat Kecoh Di Mahkamah, Sidang Media AG Terpaksa Ditangguhkan?

IKLAN

Dalam pada itu, Kedengaran laungan ‘Melayu’ dan ‘bebas Najib’ kedengaran oleh kumpulan tersebut. Antara yang turut serta, Ketua Wanita Umno, Datuk Dr Noraini Ahmad.

Selain itu, di dalam video yang sama juga kelihatan seperti Ellie turut diiringi polis dan diminta menunjukkan kad pengenalan dirinya. Menurut Kosmo, pelakon itu diberi amaran oleh pihak polis setelah mencetuskan provokasi di Mahkamah hingga menyebabkan keadaan bertukar kecoh.

IKLAN

 

Menerusi laporan Sinar Harian juga, sidang media tersebut terpaksa dibatalkan berikutan ‘gangguan’ yang diterima.

IKLAN

Dalam pada itu, semua mata tertumpu ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di mana Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menghadapi lebih 10 tuduhan pecah amanah berkaitan transaksi melibatkan SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB.

Kes Najib akan disebut ke hadapan hakim Mahkamah Sesyen Zainal Abidin Kamaruddin sebelum di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Azman Abdullah.

Foto: Carian Google

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI