Kumpulan legenda wanita popular, Elite, bakal kembali mengubat rindu peminat apabila diumumkan bakal mengadakan konsert solo pertama mereka, Elite Live’25, yang dijadual berlangsung pada 20 September ini di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Kemunculan semula mereka dalam Konsert GenKRU baru-baru ini nyata mencetuskan fenomena, dan kini mereka bersedia mengulangi keajaiban itu dalam pentas berskala lebih besar.
Menurut Azza mewakili kumpulan itu, mereka berasa sangat berbesar hati apabila diberi ruang eksklusif oleh pihak penganjur, Icon Entertainment, untuk tampil dalam konsert mereka sendiri.
“Elite rasa sangat teruja bila pihak Icon Entertainment sudi memberikan satu platform yang sangat besar untuk kami berada di pentas sendiri.
“Pada masa sama, kami juga sudah bersedia untuk menerima apa sahaja yang bakal berlaku selepas ini.
“Kata orang, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai,” katanya kepada MH.
Azza juga menegaskan mereka tidak gentar dengan sebarang kritikan atau pandangan berbeza mengenai kemunculan semula mereka.
Ads
“Kami sanggup ambil langkah berani ini untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu kami. Saya rasa mereka pun tahu tahap kemampuan kami.
“Mereka hanya nak tengok kami berlima buat persembahan di atas pentas. Buat mereka yang rasa kurang senang, tak mengapalah. Kami menerima dengan hati yang terbuka,” katanya.
Latihan Intensif & Komitmen Penganjur
Sementara itu, anggota Elite, Linda Rafar, mengakui bukan mudah untuk menerima tawaran ini memandangkan sudah lama mereka tidak membuat persembahan, apatah lagi konsert berskala besar.
Namun, keyakinan yang diberikan oleh Iman Tang, selaku ketua projek dari Icon Entertainment, membuatkan mereka percaya bahawa projek ini mampu direalisasikan dengan penuh profesionalisme.
Ads
“Itu adalah perkara utama yang kami risaukan. Sebab itulah segala persediaan sudah bermula daripada sekarang. Kami mula jaga makan, tahap kecergasan, latihan vokal dan koreografi.
“Alhamdulillah, Iman Tang sudah siapkan jadual latihan kami. Namun, kami juga perlu membuat latihan sendiri. Doakan yang terbaik.
“Kami pun tidak mahu memalukan diri sendiri. Sebab itu kami percaya kepada Iman kerana kami tahu dia akan menjaga kami dari segala aspek,” katanya.
Elite ditemui ketika sidang media rasmi konsert yang diadakan di Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Ads
Menurut Iman, penganjuran konsert ini bukanlah satu keputusan tergesa-gesa semata-mata mengikut trend, sebaliknya satu projek yang telah lama dirancang secara teliti.
“Ini bukan penganjuran tangkap muat kerana konsert sedang ‘hype’, tetapi melihat betapa relevan girl band ini untuk melakukan konsert berskala besar yang sepadan dengan kewujudan mereka.
“Konsert ini akan menjadi sejarah penting bukan hanya kepada kumpulan ini tetapi industri muzik amnya kerana karya-karya hebat yang diciptakan pada tahun 90-an misalnya masih menjadi kegemaran ramai,” jelasnya lagi.
Tiket Elite Live’25 akan mula dijual bermula Khamis depan, jam 2 petang, dengan harga bermula dari RM268 (Tamparan Wanita dan Catwalk), RM588 (Manisnya Senyumanmu) hingga RM1088 (GIG).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi sebuah video daripada sebuah stesen yang memaparkan perarakan haram golongan lesbian, gay, biseksual, dan transgender (LGBT) di Kuala Lumpur semalam, Fakhrul UNIC menyelar tindakan wanita Islam yang menyertai perarakan tersebut.
Ulasnya, Islam sangat melindungi hak dan maruah wanita, namun golongan itu sendiri yang merendahkannya.
“Islam sgt protect hak2 dan meninggikan maruah wanita , sebaliknya kita sendiri yg merendahkannya..ampunkan kami ya Allah,jauhkan kami dari azabMu.
“Post ni mgkin akan dipadam x lama lg sbb direport. Repost / share at least kwn2 kta saudara kta sedar betapa tenatnya umat kini.”
Turut terkesan dengan kelakuan kaum hawa tersebut, netizen mendoakan agar golongan ini diberi petunjuk.
Namun, netizen terus mempersoalkan apakah kewajaran wanita Islam lebih-lebih lagi yang berhijab untuk turut sama turun padang memberi sokongan moral kepada aktiviti sebegini.
Foto – Instagram Fakhrul UNIC
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rancangan hiburan realiti popular, Gegar Vaganza (GV) bakal kembali dengan musim ke-10.
Ternyata kekuatan pada IP program ini tidak dinafikan menerusi pemintaan tinggi daripada peminat-peminat seni hiburan tanah air.
Dengan kembalinya rancangan yang melahirkan semula kerjaya-kerjaya penyanyi-penyanyi terdahulu seperti Aliff Aziz (GV8), Aishah (GV4), Noryn Aziz (GV5), Hady Mirza serta Naqiu (GV6) dan ramai lagi, rancangan realiti ini membuktikan kepentingannya dalam memangkin semula kerjaya para penggiat seni tanah air dan serantau.
Bersempena dengan 10 tahun GV dan Astro menghadiahkan buah tangan khas buat para penonton, GV Roadshow 2023.
Siri jelajah bakal menjelajah ke 4 lokasi di 4 negeri iaitu Kuantan Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di salah sebuah negeri di utara Malaysia, khas buat peminat Gegar Vaganza yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang 9 tahun bersiaran.
GV Roadshow 2023 akan ke lokasi-lokasi tersebut bermula 10 Ogos untuk membolehkan peminat- peminat menyaksikan penyanyi-penyanyi kegemaran mereka beraksi secara langsung serta berpeluang bertemu dengan mereka.
Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, Astro mahukan yang terbaik untuk setiap signature yang kami terbitkan.
“Gegar Vaganza bagaikan nadi kepada sajian hiburan kami yang dinanti-nantikan oleh para penonton kami. Sebelum kembalinya musim kesepuluh nanti, pihak
“Astro mahu membawakan Gegar Vaganza kepada para peminat di beberapa buah negeri termasuk Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan kelak.
“GV Roadshow 2023 ini bagaikan merealisasikan impian kami dalam merapatkan silaturrahim antara para peminat dan penyanyi-penyanyi tersohor Malaysia. Kami berharap pengalaman bersua dengan bekas peserta Gegar Vaganza tidak akan dilupakan nanti.
“Kami turut teruja dengan sokongan para penaja kami yang sentiasa memberikan kepercayaan kepada Astro. Saya ingin ambil kesempatan untuk meluahkan setinggi-tinggi penghargaan kami kepada Farm Fresh yang kembali sebagai penaja utama Gegar Vaganza,” katanya.
GV Roadshow 2023 akan berlangsung di Tasek KotaSAS, Kuantan, Pahang pada 12/08/2023; Puteri Harbour, Johor Bahru pada 26/08/2023, Kuala Lumpur dan juga di salah sebuah negeri di utara Malaysia yang akan diumumkan nanti.
Bintang-bintang Gegar Vaganza seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 kelak.
Selain itu, Jamming with the Stars, Showcase istimewa barisan bintang Gegar Vaganva dari musim pertama hingga ke sembilan akan menemui para peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 17 September pada pukul 9 malam sehingga 10 malamdi Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.
Nama-nama yang bakal membuat persembahan termasuk Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kim Kardashian dan Kanye West antara ‘power couple’ Hollywood. Bukan sahaja terkenal dalam dunia hiburan, mereka turut menakluk dunia fesyen dan juga perniagaan. Masing-masing memiliki empayar bisnes berjaya.
Namun begitu, setelah 7 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki empat orang anak bersama, pasangan ini akhirnya meletakkan titik noktah kepada hubungan mereka. Walaupun masih dalam proses perceraian, mereka masih lagi menyokong satu sama lain apabila Kim baru-baru ini dilihat menghadiri pertunjukan fesyen yang dianjurkan Kanye.
Dalam sesebuah perceraian, apatah lagi bila melibatkan selebriti berprofil tinggi seperti mereka, pastinya banyak perkara perlu diselesaikan termasuklah pembahagian harta. Umum mengetahui yang pasangan ini memiliki sebuah rumah di Hidden Hills, California yang menjadi mahligai mereka sepanjang bergelar suami isteri.
Dibeli pada tahun 2014, rumah tersebut cukup popular dek kemewahan dan juga nilai seni hiasan dalaman bertemakan warna serba putih dan neutral di samping pemilihan perabot yang moden dan minimalis. Berharga USD20 juta ketika dibeli termasuklah USD3 juta untuk hiasan dalaman, Kim Kardashian telah mengambil keputusan untuk menyimpan rumah tersebut untuk dirinya.
Menurut sumber, dalam satu ciapan ibu Kim, Kris Jenner pada tahun 2018. Nilai rumah itu sebenarnya sudah meningkat kepada USD60 juta.
Walaupun begitu, setelah perbincangan dilakukan bersama Kanye dia akan membayar bakal bekas suaminya itu USD23 juta atau kira-kira RM95 juta untuk rumah terbabit, iaitu pada harga asal rumah itu dibeli. Bintang realiti televisyen itu akan memiliki rumah tersebut dan juga barangan yang ada di dalamnya.
Kredit Foto: Instagram Kim Kardashian
Sehingga kini, walaupun sudah berpisah dan tidak tinggal sebumbung, proses perceraian kedua-dua mereka masih lagi berjalan.