Hiburan

Elfira Loy ‘Rindu’ Mahu Solat Dengan Khusyuk, Akui Susah Fokus Sejak..

Share

Sejak bergelar ibu kepada dua cahaya mata kini, pelakon jelita, Elfira Loy mengakui bahawa perkara yang paling dirinduinya adalah jika dapat menunaikan solat dengan penuh khusyuk dan tenang.

Perkara tersebut dikongsikan Elfira menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Menurut Elfira, agak sukar dan amat mencabar bagi dirinya untuk menumpukan sepenuh perhatian sewaktu solat kerana terganggu dengan kerenah dan situasi anak-anak yang pelbagai ragam.

Pelbagai Ragam Anak-Anak, Susah Nak fokus Dan Khusyuk Dalam Solat

“Benda paling I rindu sekali nak buat after being a mom ni actually solat dengan khusyuk. Of course ramai kata solat je, biar je diorang main or nangis.

“Tapi kalau dah rakaat kedua macam ni (rujuk gambar anaknya), takut rakaat keempat sorang dah kat bawah (jatuh katil),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.

Tambahnya lagi, antara langkah dan usaha yang diambil oleh dia dan suami Faris Khairol Anuar bagi menyelesaikan masalah ini adalah cubaan mengajar anak sulungnya untuk tidur di bilik sendiri namun masih gagal.

MH sempat meninjau ruangan komen dan mendapati ruangan komen hantaran itu telah dibanjiri dengan pelbagai tip dan perkongsian pengalaman dari para pengikut El yang pernah menghadapi situasi serupa.

“Ya satu kerisauan…solat jemaah lepastu anak panjat basikal nak panjat belakang daddy dia….Allah khusyuk tu mmg mahal.

“Sama laa El,sama cm anak sy abg nyaa lagi pintar hurmm nk solat yg khusyuk mungkin hurmmm susahh tpi try laa walau susah.

“Try guna slow apparoach.. transitional bed dulu.. meaning si abang ada bed sendiri tapi dlm bilik yg sama dgn parents.. once dia dah biasa tidur sendiri atas katil sendiri baru slowly ajar tidur bilik sendiri.

Untuk rekod, Elfira dan Faris mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhamad Rayyan Khalaf, 2 dan Nur Aria Mikayla yang kini berusia tujuh bulan.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Elfira Loy

IKLAN