Elfira Loy Dedah Wajah Penuh & Nama Bayi Perempuan, Comelnya!

Share

Selepas genap seminggu melahirkan cahaya mata kedua, pelakon, Elfira Loy akhirnya mendedahkan wajah penuh bayi perempuannya itu.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Elfira menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menerusi entri yang sama, Elfira turut memaklumkan dia dan suami telah bersepakat untuk menamakan puteri mereka itu Nur Aria Mikayla.

“BismillahiMashaAllah, pada 20 Mei yang lalu, kami sangat bersyukur diatas kelahiran puteri kami.

“Assalamualikum ya Nur Aria Mikayla Muhamad Faris,” tulisnya.

Dalam pada itu, pelakon filem Rentap ini turut berharap agar semua pihak dapat menitipkan doa buat anaknya itu agar menjadi insan yang berguna serta berjaya di dunia dan akhirat.

“Doa adalah penguat setiap harapan.
Doakan puteri kami menjadi antara pemudi solehah yang diberikan kerahmatan berpanjangan, kasih sayang yang tidak henti, tidak putus rezeki di dunia dan di akhiratnya lagi dihiasi dengan kilauan kebaikan budi dan ketinggian pekerti,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa teruja selain turut memuji wajah comel bayi tersebut.

“Ya Allah Aria. Comel sangat. Eh geramnya tengok bibir dia tu,” komen pengacara, Uyaina Arsyad.

“MasyaAllah. Assalamualaikum Aria sayang. Congratulations El my love,” balas pelakon, Nur Fazura.

“MasyaAllah, semoga membesar menjadi anak solehah,” kata penyanyi, Rafidah Ibrahim.

“InsyaAllah Amin Ya Rab. Selamat berpantang El,” balas pemilik akaun Amirah Kamaliah.kz.

“Cantiknya Mikayla,” kata pemilik akaun The Real Dzack Gym.

Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini terlebih dahulu telah dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Elfira Loy

IKLAN