Perjalanan pelakon kecil molek ini di dalam industri seni bukan baru bermula.

Dia yang sudah menceburi bidang seni sejak berusia 14 tahun lagi, banyak membintangi drama, telefilem dan juga mengacara.

Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, kelibat Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, hanya dilihat dalam program televisyen tertentu sahaja.

Menafikan dakwaan dia mula memperlahankan karier seni, Elfira menjelaskan, perhatian dan tugasnya kini sudah terbahagi kepada tiga cabang berbeza iaitu seni, perniagaan dan memberi talk pada pelajar.

Anak kedua daripada empat adik beradik ini juga mengakui, banyak menolak tawaran berlakon dan merasa lebih selesa di pentas pengacaraan.

“Bukan tak nak berlakon atau dah tinggalkan bidang lakonan, tapi banyak lagi kerja lain yang terpaksa saya buat kini.

“Saya pernah juga cuba untuk berlakon, tapi saya rasa tak enjoy apabila berada di set penggambaran dan cepat penat.

“Jadi saya ambil keputusan untuk fokus pada bidang pengacaraan buat masa ini dan bidang lakonan itu di buat bila betul-betul ada masa yang bersesuaian.

“Bagaimanapun Insya-ALLAH, saya akan kembali berlakon pada bulan ini, tapi saya belum dapat lagi berkongsi perincian naskhahnya,” jelasnya.

IKLAN

Akui Elfira, biarpun tidak berlakon, jadualnya dipenuhi dengan undangan memberi ceramah mengenai perniagaan dan pengurusan masa.

“Biasanya saya terlibat bagi talk dengan kementerian, badan kerajaan dan persendirian.

“Ia lebih terarah pada memberi inspirasi kepada orang lain mengenai hala tuju perniagaan dan bagaimana pengurusan masa yang betul.

“Selalunya sesi ceramah ini mereka sudah booked saya sejak awal tahun dan melibatkan kawasan di luar Kuala Lumpur.

“Sebab itu bila ada masa senggang, saya rasa lebih sesuai untuk terima tawaran mengacara saja,” kata gadis 23 tahun ini.

IKLAN

Elfira berkata, biarpun masih muda dan tidak mempunyai pengalaman yang banyak, namun dia melihat perkongsian diberikan lebih kepada formula boleh digunakan meskipun dalam masa 10 tahun akan datang.

“Ada yang melihat saya dah bekerja di usia muda, menyebabkan mereka mahu saya berkongsi pengalaman.

“Dan saya pula hanya berkongsi formula yang bagus untuk digunakan biarpun untuk masa 10 tahun akan datang. Ia ibarat memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya yang turut merancang  mengembangkan perniagaan kafenya tidak lama lagi.

Elfira Ligat Di Tiga Cabang Berbeza

 Impi produk sendiri

IKLAN

Elfira ketika majlis pelantikannya sebagai duta produk Maydan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur mendedahkan, dia akan menjadi duta untuk penjagaan wajah, Lock It Hydrating Serum selama enam bulan.

“Kalau review product di Instagram pun, saya memang akan cuba terlebih dahulu. Begitu juga dengan serum dari Maydan ini.

“Bila saya rasa perbezaan, terus saya setuju untuk jadi duta mereka.

“Antara faktor lain menyebabkan saya bersetuju untuk bergelar duta adalah kerana serum tersebut dihasilkan daripada bahan semula jadi aloe vera dan timun,” jelasnya.

Ditanya tidakkah dia mahu mengeluarkan produk sendiri nanti, Elfira berkata, ia adalah salah satu impiannya.

“Tidak dinafikan bila kita dah bergelar duta sesuatu produk, kita akan rasa mahu keluarkan produk sendiri juga.

“Tapi saya tidak mahu impian itu direalisasikan secara tergesa-gesa.Insya-ALLAH bila tiba masa dan rezeki, akan adalah ia,” ujarnya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI