Kalau sudah namanya Rozita Che Wan, apa sahaja entri yang dimuat naiknya akan jadi perhatian peminat.
Misalnya, menerusi posting terkini di Instagram, pelakon dan usahawan popular ini ada berkongsi cara uniknyw bagi elak mood ‘monday blues’ saat menuju ke tempat kerja. Ini kongsi Che Ta;
Isteri kepada pelakon Syukri Yahaya ada berkongsi keratan video tular berhubung badai ‘belalai air’ serta hujan lebat beberapa hari lalu di Tanjong Tokong, Pulau Pinang, beberapa hari lalu.
Kongsinya menerusi Instagram, dia rasa meremang apabila menonton sedutan rakaman berkenaan dan mengakui Dia berkali-kali memberikan umatNya peluang untuk bertaubat.
“Happened in Tg. Tokong, Penang. Allahuakbar.. meremang rasa bila tengok video ni.. Benarlah, Allah berkali-kali bagi kita peluang untuk bertaubat tanpa jemu.. tapi kita? masih LEKA.
“Sedangkan dunia hanyalah pinjaman untuk kita semua,” tulisnya.
Tidak dinafikan, bukan mudah mengendalikan anak kecil yang meragam, lebih-lebih lagi pada waktu pagi.
Lalu pelakon Faralyna Idris menerusi posting terkininya turut mengakui mood ibu juga akan berubah sekiranya tidak bijak mengawal keadaan.
Tulisnya lagi, apa yang perlu dilakukan adalah ambil masa sebentar untuk kosongkan kepala dan secara automatik, rasa syukur akan menjelma dalam diri.
“Today Ayu pagi-pagi dah cranky. 2 kali menyusu before mandi and morning nap. Bgn from nap pon cranky juga. Bila pepagi anak merengek, kita automatically akan rasa moody juga. But you know what we can do?
“Calm yourself down by just sit down and look at your babies, kosongkan kepala for a min or 2.. relax.
“Rasa syukur yang amat besar akan hadir dlm hati and akan buat kepala rasa sgt sgt sgt ringan. It helps you to handle your cranky babies better.
“Pastu kita pon akan more relax and terus rasa hari ini akan jadi hari yang indah! Have a productive day everyone! Happy Monday,” ulasnya panjang lebar.
Aktor, Azhan Rani awal malam tadi ada berkongsi momen mengejutkan menerusi kiriman penonton telemovie, Restu Ayah yang disiarkan menerusi slot Cerekarama malam tadi.
Bintang Nur2 itu ada mendedahkan beberapa keratan video reaksi anak-anak penonton drama berkenaan yang disampaikan menerusi dm Instagram.
“Sebab aku dah tau cerita takde la aku beria nau nak sedih.. tapi scroll dm kat ig tadi ini antara respond yang aku dapat.. macam ni sekali rupanya ya..
“Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar.. hilang penat kerja kalau macam ni hasil dia.. semoga keinsafan ini sampai ke lubuk hati buat yang bergelar seorang anak.. ayah dan ibu hanyalah pinjaman Allah SWT.. bukan milik kita yang kekal,” tulisnya.
Malah, dia sendiri turut mengakui bukan sesuatu yang mudah apabila menerima berita pemergiaan orang tersayang.
“Aku sendiri tak dapat luahkan dengan kata2 macam mana saat menerima pemergian arwah abah dulu.. tak pernah hilang rasa rindu sampai hari ni. kita tak akan punya cukup masa untuk berbakti pada mereka.
“Selagi mereka masih ada usah sia2kan peluang untuk syurgamu bahagia.. semoga anak2 ini menjadi anak yang soleh nanti.. amin.. sekarang aku tengok video ni aku yang nak teriak.
“Thank you atas feedback.. maaf mana yang tak sempat saya balas.. isnin depan jangan lupa,” tulisnya panjang lebar.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji kredibiliti lakonannya di dalam drama tersebut dan mengharapkan agar lebih banyak sajian drama berunsur pengajaran dipaparkan selepas ini.
Selain Azhan Rani, Restu Ayah turut dilakonkan para pelakon hebat lain seperti Sharifah Shahora, Badrul Muhayat, Watie Elite dan ramai lagi.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.