Minggu lalu, video yang memaparkan seorang gelandangan menyanyi heboh diperkatakan.

Semuanya gara-gara gelandangan terbabit mempunyai suara persis Hazama.

Dan tidak kurang juga ada yang merasakan gelandangan tersebut adalah Hazama sendiri yang membuat penyamaran.

Eksperimen Gelandangan Hazama Jadi Perbualan

Hazama yang dihubungi mengakui bahawa individu tersebut adalah dirinya dan itu merupakan projek khas di antara dirinya dan management terbarunya, Rocketfuel Network.

MH Online pun hampir terpengaruh dan menyangkakan gelandangan terbabit mempunyai suara seperti Hazama.

IKLAN

Pujian harus diberikan kepada jurusolek yang mengubah wajah Hazama.

BACA JUGA > http://www.mediahiburan.my/gelandangan-viral-hazama/

“Idea ini sebenarnya idea saya dan team Rocketfuel untuk kita try eksperimen baru.

 

“Di samping saya hiburkan di pentas-pentas besar, kali ini apa salahnya salah saya cuba untuk hiburkan di pentas yang berbeza daripada sebelum ini,” katanya.

Tambah Hazama, idea itu timbul setelah dia terfikir adakah bakatnya mendapat perhatian biarpun tanpa publisiti.

“Dalam eksperimen ni, apa yang saya nampak masyarakat Malaysia sebenarnya memang fokus pada bakat, tak fikir rupa pun.

 

“Tujuan lain saya juga ingin dapatkan formula, bagaimana mendapatkan perhatian netizen terhadap muzik.

 

“Saya dapat conclusion, iaitu talent over beauty.Haa..Tudia!” ujarnya yang menyifatkan rakyat Malaysia cukup sporting.

Dalam masa sama, Hazama berkata, dia bersedia untuk meneruskan projek ini pada masa akan datang bagi tujuan mengutip dana untuk tujuan kebajikan.

IKLAN

“Di samping saya menghibur, saya boleh juga buat kebajikan. Ini salah satu yang saya boleh sumbangkan. Lagipun saya bukan orang senang.

 

“Sekiranya ada pihak yang nak support, Insya-Allah kita boleh bawa perkara ini ke tengah,” jelasnya.

Ditanya mengenai sesetengah netizen yang masih mampu mengecamnya biarpun tampil berbeza, Hazama mengakui terharu dengan perkara itu.

Eksperimen Gelandangan Hazama Jadi Perbualan

“Bagi saya secara peribadi selama 10 tahun dalam industri hiburan sebagai penyanyi, nampaknya ada pencapaian.

 

“Saya jadi sesiapa pun, netizen tetap tahu diri saya. Saya rasa saya berada dalam hati netizen.

 

“Saya pergi mana-mana orang kenal, tapi masa saya dekat Bukit Bintang saya nampak orang takut nak dekat dengan saya.

 

“Lepas saya menyanyi, saya nampak feedback daripada orang ramai yang suka.

 

“Kepuasan saya sebagai penyanyi juga lebih puas disebabkan tepukan dan sorakan yang diberikan saya rasakan ikhlas oleh kerana mereka tidak mengenali saya.”

 

“Mungkin selama ni kat pentas, floor manager suruh tepuk (ketawa),” katanya.

Di bawah kami kongsikan video Hazama di makeup sebelum menyamar jadi gelandangan dan menyanyi di khalayak ramai :

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI