Categories: Uncategorized

“Eii Jijiklah,” – Antara Komen Netizen Bila Safiey Ilias Payung Video Pakai Bikini Biru Muda

Share

Usahawan kosmetik, Safiey Ilias muat naik videonya memakai bikini di laman Instagramnya, semalam.

Difahamkan video berdurasi 20 saat itu diambil di dalam bilik hotel semasa penyanyi lagu Syinta Gila itu sedang bercuti.

“Jom mandi,” tulisnya di kapsyen.

Susulan itu, di ruangn komen dipenuhi dengan komen-komen negatif netizen yang nyata tidak bersetuju dengan pakaiannya yang dilihat terlalu seksi itu.

Dalam pada itu, ada juga yang meninggalkan komen mengenai bahagian tubuh badannya iaitu bahagian payu dara yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Sebelum ini, Safiey berkongsi terlibat dalam kemalangan jalan raya malah sempat berkongsi keadaan kereta yang remuk itu.

Katanya lagi, itu juga mungkin balasan kepadanya apabila pernah berhasrat untuk bertukar jantina.

Menerusi posting terbaru, Safiey ada berkongsi mengenai apa yang dilakukannya dalam hidup dalam mencapai cita-cita. Doakan yang terbaik buatnya…

Foto/Instagram: Safiey Illias

IKLAN