Usahawan kosmetik, Safiey Ilias muat naik videonya memakai bikini di laman Instagramnya, semalam.

Difahamkan video berdurasi 20 saat itu diambil di dalam bilik hotel semasa penyanyi lagu Syinta Gila itu sedang bercuti.

“Jom mandi,” tulisnya di kapsyen.

Susulan itu, di ruangn komen dipenuhi dengan komen-komen negatif netizen yang nyata tidak bersetuju dengan pakaiannya yang dilihat terlalu seksi itu.

Dalam pada itu, ada juga yang meninggalkan komen mengenai bahagian tubuh badannya iaitu bahagian payu dara yang dilihat tidak kena pada tempatnya.

Sebelum ini, Safiey berkongsi terlibat dalam kemalangan jalan raya malah sempat berkongsi keadaan kereta yang remuk itu.

Katanya lagi, itu juga mungkin balasan kepadanya apabila pernah berhasrat untuk bertukar jantina.

Menerusi posting terbaru, Safiey ada berkongsi mengenai apa yang dilakukannya dalam hidup dalam mencapai cita-cita. Doakan yang terbaik buatnya…

View this post on Instagram

Ramai tanya syinta mcm mana nak happy . Bagi syinta lah kan , JANGAN campur masalah hidup orang lain , fitnah sana sini dan jaja keburukan orang . . . Make sure bergaya ikut kemampuan masing2 . Jangan asyik nak ikut cara hidup org lain sedangkan kita sendiri tak mampu . Senang cerita jangan seksa diri untuk memuaskan hati . . Bersyukur dgn apa yang kita ada DAN BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA TAK ADA . Mcm syinta sejak menjanda ni , syinta bersyukur sebab single dan dia dh x ada . Haa tu mksodnya . . . Lg 1 , syinta selalu pegang prinsip lantak lah apa orang nk cakap . Bukan dia bg syinta makan . Kalau syinta susah bukan dia yg tolong . So pekakkan telinga je dan teruskan melangkah capai cita2 💙💙💙 . . #Dsiempire #aurorasxpremium #syintagila #aurorasyintagilacoffee

A post shared by INCESS SYINTA™️ (@safieyillias94) on

Foto/Instagram: Safiey Illias

Apa Kata Anda