“Eidrees Khatan Waktu Baby, Adik Dia Pun Sama InsyaAllah,” – Anzalna Nasir

Share

Pelakon Anzalna Nasir mendedahkan anak pertamanya, Muhammad Eidress sudah pun berkhatan ketika masih bayi dan dia turut merancang berbuat demikian terhadap anak kedua, Mohamad Emirhan yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.

Perkara tersebut dikongsikan Anzalna menerusi Ask Me Question di Instagram, baru-baru ini sejurus ditanya salah seorang pengikutnya.

“Anak first and second dua-dua khatan time baby ke?,” tanya peminat.

“Eidrees khatan waktu baby, adik dia Emirhan pun sama, InsyaAllah. Selesaikan dulu apa yang patut

walaupun ngilu tengok dan paling tak sanggup nak dengar tangisan anak.

“Tetapi sebab masih baby so dia menangis sekejap saja. Mak dia yang over menangis dari anak! Haha,” tulisnya.

Terdahulu, perkongsian pelakon Mira Filzah yang sudah pun melakuan proses kerkhatan anak pertamanya menerima reaksi pelbagai netizen.


Rata-ratanya menyambut baik selain memberikan pengalaman masing-masing terhadap perkara tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

IKLAN