Baru-baru ini, MH ada bertanya kepada pelakon Ruhainies sama ada hatinya kini sudah pun dimiliki atau pun masih mencari cinta.

Mengakui dia kini sedang berkawan rapat dengan bekas model dan usahawan yang dikenali sebagai Asyraf, aktres berusia 25 tahun itu bagaimanapun tidak mahu terlalu memikirkan hal cinta memandangkan sisi fokusnya kini hanyalah terhadap kerjaya seninya sahaja.

“Eh…Sudah Tentu Saya Tak Nak Suami Orang,” – Ini pendirian Ruhainies Bila Kongsi Isu Pilih Calon Suami

IKLAN

Cuma apa yang pasti, pelakon drama rantaian, Tak Ada Cinta Sepertimu di samping Syafiq Kyle dan Zahirah MacWilson ini sebolehnya cuba menolak andai didekati lelaki yang bertatus suami orang.

“Eh… sudah tentu saya tak nak suami orang kalau boleh. Namun apabila bekerja, sudah tentunya kita tidak akan dapat lari daripada bertemu dan bekerjasama dengan suami atau tunang orang.

 

“Akan tetapi, saya gemar melakukan kerja secara profesional sahaja dengan tidak mengambil kisah soal status mereka,” katanya kepada MH.

Enggan mengambil peduli cakap-cakap netizen yang tidak mengenalinya secara dekat, Ruhainies secara langsung turut memberitahu, sebagai pelakon dia tidak boleh elak untuk bergandingan dengan sesiapa sahaja, khasnya menerusi drama yang dilakonkan.

IKLAN

“Eh…Sudah Tentu Saya Tak Nak Suami Orang,” – Ini pendirian Ruhainies Bila Kongsi Isu Pilih Calon Suami

“Kita tidak boleh lari. Akan jumpa dengan semua orang dan mereka semua bukannya single pun. Tapi bila kerja, fikir kerja sahajalah. Usah fikir benda lain,” akui Ruhainies yang akan lebih berhati-hati terhadap apa sahaja tindakan yang dilakukan selepas ini memandangkan setiap inci perlakuannya pasti menjadi perhatian ramai.

 

“Saya sedar, orang akan mudah mencari kesalahan. Jadi memang kena hati-hati. Setakat ini semuanya okay sahaja setiap aktiviti seni saya tidak lebih daripada sekadar bekerja,”akhirinya jujur.

Foto: Instagram Ruhainies

IKLAN

Siapa Bawang?

Apo bawang2? Ni ha A&W Malaysia – Official kami bawak backup paling kiut miut lawan hangpa

Posted by MEDIA HIBURAN on Sunday, 1 April 2018

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI