Select Page

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar mengundang cemburu peminat apabila dia memuat naik fotonya bersama dengan ahli grup Super Junior, Choi Siwon.

Dalam salah satu foto yang dikongsi Izzah menyaksikan dia sempat ‘posing’ bentuk ‘love’ dengan bintang kpop itu.

“Delightful moments and nice discussion on the issue of bullying. Isu buli dalam apa medium sekalipun, adalah isu yang harus diberi perhatian secara keseluruhan.

 

“Antara ahli panel ialah Lisa Surihani, Choi Siwon selaku wakil UNICEF,” tulisnya di Twitter.

Di ruangan komen pula dipenuhi dengan komen-komen netizen yang cemburu melihatkan foto tersebut.

Malah, ada juga yang meminta agar Izzah membawakan Konsert grup itu, Super Show 7 di Malaysia memandangkan dia sebelum ini menulis surat untuk membawakan kumpulan Radiohead ke tanah air.

Kehadiran Siwon ke Malaysia adalah sebagai wakil UNICEF, sebelum ini dia sudah ke beberapa negara jiran seperti Thailan, Filipina dan Brunei bagi menjalankan tanggungjawabnya itu.

Foto: Twitter Nurul Izzah

Apa Kata Anda

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: