Pelakon, Sasha Saidin ada menitipkan ucapan bersempena ulang tahun kelahiran adiknya yang juga pelakon, Zain Saidin yang ke-37 tahun.
Kongsi Sasha menerusi hantaran di Instagram, dia mendoakan agar suami kepada Rozita Che Wan itu dipanjangkan umur dan dirahmati Yang Maha Esa.
Sasha yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Elite turut menerima perhatian apabila memberikan ucapan tersebut yang dipautkan bersama sekeping foto lamanya bersama Zain ketika masih kanak-kanak.
“Can I get an “Awwwww…” ? Happy 37th birthday my little brother Zain Da Pain @zainsaidin23. May you always be blessed with love and for many more years to come.
“Have a good one Zain Da Pain! Love ya loads! Xoxo. p/s Aaisyah looks just like you in this picture,” tulisnya sambil memberikan beberapa hashtag iaitu #ADashOfSash, #CommittedToTheCelopians, #DiaryOfADevotedDomesticatedDabawi dan #TheElusiveFairytaleOfTheHalfBloodPrincessSayang.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat serta rakan memuji keakraban adik-adik beradik ini selain ada yang samakan wajah Zain dengan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana.
Malah tak kurang yang turut memuji kecomelan mereka berdua.
Ads
Ads
Sekadar informasi, Zain telah berkahwin Rozita Che Wan sekitar tahun 2013.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aaisyah Dhia Rana yang telah dilahirkan pada 1 November 2014.
Penerbit dan pelakon, Sheila Rusly mengesahkan anak lelakinya, Uzair Haqimy, 25, telah pun selamat melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Elisya Sandha, 21, petang Ahad.
Majlis yang disambut secara sederhana dengan kehadiran kira-kira 15 tetamu itu berlangsung di kediaman kakak Elisya yang juga aktres terkenal, Fasha Sandha.
Memetik Berita Harian, Sheila mengakui rasa gembiradengan ikatan pertunangan melibatkan pasangan sama cantik sama padan itu.
“Mereka sudah lama berkawan sejak Elisya tamat belajar lagi. Cuma, hubungan tidaklah begitu serius seperti hari ini.
“Sebagai ibu, sudah tentu saya gembira dengan keputusan ini. Mereka berasakan sudah bersedia melangkah ke fasa seterusnya.
“Majlis merisik, hantar tanda dan bertunang diadakan petang tadi. Mengikut perjanjian, mereka akan disatukan awal tahun depan,” katanya.
Sheila turut menjelaskan, keputusan melangsungkan majlis pertunangan sudah dirancang awal.
“Apabila Uzair atau Haq dan Elisya sudah bersedia, pihak lelaki kenalah mulakan langkah. Perancangan bertunang pada Januari sudah diputuskan lebih awal. Ini kerana kami kena fokus untuk menyambung kerja penggambaran yang tertangguh selepas ini.
“Apabila bertunang, ia akan memudahkan lagi urusan kami membuat persediaan seperti mencari lokasi dan persiapan lain,” katanya lagi.
Berkongsi pilihan hati anaknya itu, Sheila meyakini bintang drama Misteri Mona itu mampu membahagiakan anak pertamanya itu.
“Dia sangat memahami Haq, manakala Haq pula pernah berkata yang jika ingin berkahwin, bakal isterinya mestilah Elisya. Pada awalnya, saya sangka ia hanyalah perbualan biasa.
“Namun, saya anggap ia adalah perkara yang serius apabila Haq sebut perkara ini berulang kali. Mereka saling melengkapi dan saling memahami antara satu sama lain,” katanya.
Pada majlis itu, selain sebentuk cincin tanda, pihak lelaki turut menyerahkan tiga dulang hantaran berbalas lima.
Hari bahagia Haq dan Elisya turut dikongsi Sheila, suaminya, Azman Yahya atau Jinggo dan ibu Elisya, Hatijah Teh Man di akaun media sosial masing-masing.
Sumber: Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Intan Ladyana mengakui rasa berdebar untuk disatukan sebagai suami isteri bersama pasangannya, Harris Alif yang dijadualkan bakal berlangsung Jumaat ini.
Hampir setahun menjalinkan hubungan, majlis akad nikah bintang drama Bougainvillea itu bakal dijalankan di pejabat Agama Islam dengan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.
Perkara tersebut adalah sebagai mematuhi SOP yang ditetapkan menerusi syarat pernikahan sepanjang musim Covid-19 ini.
“Jika tiada aral saya dan Harris akan bernikah minggu ini. Alhamdulillah persiapan kebanyakannya sudah siap, cumanya dalam keadaan sekarang ini, contohnya dengan kes covid 19 makin meningkat setiap hari.
“Jadi agak susah untuk membuat perancangan atau meletakkan satu tarikh untuk majlis.
“Harapnya tiada sebarang perubahan saat akhir dan semoga ia berjalan dengan lancar. Insya-Allah, doakan kami berdua,” katanya bakal menyarungkan busana perkahwinan rekaan, Dato Ruiffai.
Meski sibuk dengan persiapan menjelang detik bergelar raja sehari, Intan masih berkesempatan melakukan satu usaha murni, iaitu menghulurkan sumbangan kepada komuniti ibu tunggal yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Inisiatif tersebut dilakukan Intan atau nama sebenarnya, Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, sebagai tanda menzahirkan rasa syukur di atas pelantikan beliau sebagai duta produk kesihatan dan kecantikan, Seri Lady.
“Dalam rezeki saya ada rezeki orang lain. Siapa sangka dalam kesibukan kerja dan membuat persiapan perkahwinan, saya dilamar pula menjadi duta produk Seri Lady.
“Jadi saya terfikir apa salahnya jika saya infaqkan sedikit rezeki yang Allah SWT beri untuk dikongsi bersama golongan yang memerlukan. Semoga kehidupan dan perkahwinan saya memperoleh keberkatan. Amin.
“Inilah yang membuatkan saya dan pihak Seri Lady terpanggil untuk memberi sumbangan berupa produk dan wang tunai untuk komuniti ibu tunggal yang terpilih. Mereka ini antara yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
“Saya sendiri dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Saya nampak macam mana ibu saya struggle untuk membesarkan kami tiga beradik. Bagaimana ibu bahagikan masa untuk keluarga dan pada masa sama bekerja demi kelangsungan hidup.
“Jadi saya faham masalah yang dihadapi oleh kebanyakkan ibu tunggal. Dikesempatan ini saya cuba untuk membantu mereka sedikit sebanyak yang saya mampu,” katanya.
Intan turut meluahkan rasa terharunya apabila pihak Seri Lady, bukan saja mempercayainya untuk menggalas tugas sebagai duta kepada jenama berkenaan, malah amat mendukung usahanya untuk sama-sama menjayakan majlis Kunjungan Silaturahim Seri Lady dan Duta Intan Ladyana Menyantuni Ibu Tunggal.
Menurut Pengasas Seri Lady, Puan Juzailah Shariff, jasa ibunya membesarkan dia dan adik-beradik sehingga mencapai ke tahap hari ini tanpa figura seorang ayah di sisi tidak mampu di balas dengan wang ringgit.
“Sama seperti Intan, saya nampak kepayahan Ummi saya membesarkan kami adik-beradik yang lain tanpa seorang suami di sisi. Kehidupan yang lebih baik kami miliki hari ini, segalanya adalah atas usaha dan pengorbanan ummi.
“Kalau bukan kerana virus Covid-19 pun, kehidupan ibu tunggal sememangnya sudah cukup mencabar dalam memegang peranan ibu dan ayah untuk membesarkan anak-anak. Apa lagi dalam keadaan sekarang ini, hilang punca pendapatan. Justeru itu kami amat berbesar hati dapat memberi sedikit sumbangan kepada mereka.
“Saya juga ingin ucapkan tahniah kepada Intan diatas perlantikan sebagai duta Seri Lady. Orangnya cantik, personaliti juga menyenangkan dan bebas gosip, membuatkan saya yakin Intan mampu menggalas tugas beliau dengan baik,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat ada mendedahkan mesej yang diberikan seorang pengguna Instagram yang menyatakan hasrat untuk bermadu dengannya.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Parah Parah ini menerusi satu muat naik di Insta Story. Individu terbabit turut menyatakan ciri-ciri yang dimiliki Nabil merupakan kriteria yang dicari.
“Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari laki macam ni la.Tapi tak jumpa-jumpa lagi,” tulis individu terbabit.
Sementara menerusi paparan seterusnya, bintang berusia 29 tahun ini memberikan reaksinya.
“Salam. Hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu takleh la. Saya cubit awak kang. Nakal eh.
“Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. Insya-Allah, istikarah! Good luck sis,” respon Ayda.
Untuk rekod, Ayda dan Nabil selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu dan sempat mengisi beberapa hari di Pulau Langkawi untuk berbulan madu.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kumpulan pop terkenal tanah air, The Fabulous Cats kembali memeriahkan industri muzik tempatan dengan melancarkan lagu raya terbaharu berjudul “Satu Syawal”, hasil kolaborasi bersama...