Lucu pula rasanya apaila MH terjah insta stories ibu kepada Yusuf Iskandar, Hanis Zalikha.

Jika sebelum ini kami pernah kongsikan video Johan ‘terkantoikan’ sesuatu hingga menimbulkan spekulasi, kali ini perkara yang sama berulang sekali lagi. Memang buat kami ketawa dan tepuk dahi.

Mana tidaknya, niat Hanis untuk berkongsi satu info kepada pengikutnya bertukar menjadi satu ‘berita gembira’ yang disalah ertikan oleh netizen.

Pada mulanya, Hanis memuat naik video durasi beberapa saat sambil menerangkan tentang buku vaksin yang perlu diambilnya sebelum mengerjakan umrah.

Malah, Hanis turut menunjukkan isi di dalam buku tersebut dan berkata dia telah mendapatkan vaksin ini sewaktu dalam trimester kedua.

Lebih menambah suspen apabila Hanis turut muat naik gambar sambil menulis kapsyen ringkas menjelaskan mengapa dia membuat keputusan untuk mengambil vaksin sewaktu mengerjakan umrah pada tahun 2015.

IKLAN

Eh, Giliran Hanis Zalikha Pula Kantoi Mengandung?

 

Namun selang beberapa ketika, Hanis telah muat naik gambar dengan kata yang cukup mencuit hati.

IKLAN

“Gais I am not pregnant ahahahahahhahahaha. I was answering to your DMS pasal vaccine umrah! Goodbye,” tulisnya ringkas.

Eh, Giliran Hanis Zalikha Pula Kantoi Mengandung?

Pada mulanya MH juga agak terkejut, kami sangkakan Hanis ingin membuat apa-apa kejutan atau pengumuman. Namun bila dengar sekali lagi barulah kami detect di mana punca salah faham ini berlaku.

IKLAN

Cuba tengok dan dengar sendiri video ini…

MH syak diperkataan “I was in my third month nak masuk fouth month” kemungkinan besar sewaktu ini orang terlepas dengan perkataan “I was” oleh itu ramai yang membuat andaian isteri Hairul Azreen ini mengandung anak kedua.

Hahaha MH dapat bayangkan pasti Hanis terkejut dan tercuit melihat feedback daripada orang ramai sebaik sahaja video tersebut di muat naik ke Instagram.

Apapun terima kasih pada Hanis kerana sudi berkongsi info kepentingan tentang pengamalan mengambil vaksin untuk ke Tanah Suci buat ibu mengandung. MH harap dengan penerangan Hanis semua lebih jelas dan faham.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI