Ads

Dynas Mokhtar Bakal Akhiri Zaman Solo

Wah nampaknya pelakon dan pengacara tinggi lampai, Dynas Mokhtar bakal menamatkan zaman solonya pada bulan April tahun hadapan.

Ibu tunggal kepada dua orang anak ini telah melangsungkan pertunangan pada Khamis yang lalu setelah empat tahun menjanda.

Dynas telah mengikat tali pertunangan bersama tunangnya, Shazrik Din di kediaman keluarganya di Shah Alam, Selangor.

Dynas Mokhtar Bakal Akhiri Zaman Solo

Dynas Mokhtar Bakal Akhiri Zaman Solo

Dynas Mokhtar Bakal Akhiri Zaman Solo

Ads

“Alhamdulillah, saya lega kerana hubungan kami sejak tiga tahun lalu kini melangkah ke fasa yang lebih serius iaitu pertunangan. Insya-Allah, tidak lama lagi kami berdua akan langkah ke gerbang perkahwinan.

 

“Saya sentiasa berdoa impian untuk memiliki kehidupan berkeluarga yang sempurna seperti wanita lain akan dipermudahkan.

Dynas juga berkata majlis pernikahan dijangka berlangsung pada April tahun depan, cuma tarikh belum ditetapkan.

“Keluarga kami merestui hubungan ini. Begitu juga dengan dua anak saya. Mereka begitu terbuka dan gembira menerima kehadiran Shazrik,” katanya dipetik sebuah portal online.

Dalam masa sama Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar telah melangsungkan pertunangan pada waktu yang sama pada hari ulang tahun kelahiran Shazrik yang ke-35.

Dynas Mokhtar Bakal Akhiri Zaman Solo

Dynas Mokhtar Bakal Akhiri Zaman Solo

Ads

Dikhabarkan, mereka telah menyambut ulang tahun kelahiran Shazrin ke-35 di sebuah restoran di ibu kota selepas majlis pertunangan itu selesai.

Dilihat pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang merupakan sahabat baik Dynas turut membantu dalam majlis ulang tahun tersebut.

Sementara itu, Dynas berkata bahawa majlis pernikahannya nanti akan diadakan secara tertutup dan kecil-kecilan.

Ads

“Jika ditanya mengenai perancangan hari depan, kami sepakat untuk mengadakan pernikahan disusuli majlis resepsi kecil. Insya-Allah, ia akan berlangsung di sebuah dewan secara tertutup dan hanya dihadiri mereka yang rapat,” ujarnya.

Perkongsian pelakon Tombiruo itu di laman Instagram turut mengundang ribuan ucapan tahniah dan mendoakan kebahagian mereka daripada pengikutnya di IG.

Dynas Mokhtar Bakal Akhiri Zaman Solo

Hasil perkahwinan terdahulu Dynas dikurniakan dua orang anak iaitu Khyra Khalyssa, 7, dan Mohamed Haqaish, 5.

MH Online ucapkan tahniah buat Dynas Mokhtar dan semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar.

Sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Saya Adalah Saya, Rock Sampai Bila-Bila,” – Rahmat Ekamatra Reda Tersingkir...

Penyanyi legenda, Rahmat Ekamatra menyifatkan penglibatannya dalam program Gegar Vaganza 12 (GV12) sebagai satu pengalaman bermakna yang membuka lembaran baharu dalam perjalanan kerjayanya sebagai anak seni.
error: Hello. Cannot.