“Dulu Waktu Single Tak Nak Keluar Kalau Tak Pakai 5 Inci Heels,”- Datin Diana Danielle

Share

Baru-baru ini, pelakon versatil Datin Diana Danielle ada berkongsi cerita bersama peminatnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Ibu kepada dua orang cahaya mata ini mengimbau kembali kenangan dan kisah ketika dirinya masih bujang dan belum berkahwin.

Menurut aktres jelita ini, dia amat mengemari kasut tumit tinggi sebelum melalui fasa perkahwinan dan situasi berkenaan berubah selepas dia mendirikan rumah tangga.

“So true!!!!! Dulu waktu single tak nak keluar kalau tak pakai 5 inch heels.

“sekarang, kalau nampak heels nak baling dalam tong dan bakar!,” tulisnya.

Melihat di ruangan komen entri berkenaan, rata-rata peminat dan rakan selebriti turut pelbagai reaksi terhadap perkongsian bintang Gol & Gincu Vol 2 itu.

Untuk rekod, Diana dan suaminya, Datuk Farid Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad,6 tahun dan Nur Aurora, 4 tahun.

Foto: Instagram Diana Danielle

IKLAN