Berita

Dulu ‘Sound’ Artis, Sekarang Sokong Balik? Aznil Tempelak Sikap Segelintir Netizen

Share

Pengacara Datuk Aznil Hj Nawawi meluahkan rasa hairan terhadap sikap segelintir individu yang didakwa sebelum ini lantang menggesa orang ramai memboikot produk tertentu, namun kini dilihat kembali menyokong jenama yang sama.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Aznil turut meluahkan rasa kurang senang terhadap tindakan individu yang didakwanya pernah mengugut serta mengecam golongan artis susulan tidak menyertai kempen boikot.

Menurutnya, dia tidak akan berdiam diri sekiranya masih ada pihak yang cuba memaksa atau mengugut artis berhubung isu berkenaan selepas ini.

“Lepas ni kalau ada yang ‘sound’ atau ugut artis sebab tak boikot sesetengah produk, aku ludah muka dia.

“Sekarang muka-muka yang ugut tu yang hamak support balik produk tu,” tulisnya.

Netizen Setuju, Dakwa Ada Yang Terlalu Ekstrem

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat berkongsi pandangan yang sama.

Malah, ada yang berpendapat segelintir pihak sebelum ini bertindak terlalu ekstrem dan membuta tuli dalam menjayakan kempen boikot sehingga memberi kesan kepada orang lain.

Antara komen yang ditinggalkan netizen ialah;

“Betul! Sampai boikot restoran makanan segera. Buat orang lain hilang pekerjaan. Bila ditegur guna iPhone latest, boleh pula select. Makanya, for those yang mahu boikot, boikot. Tak perlu kecam orang lain. Buat cara sendiri. Acah-acah boikot dalam media sosial. Solat entah buat entah tidak.”

“Betul paksa-paksa boikot sampai kedai kena tutup. Paling dahsyat cybertrooper yang menghasut ini sakit hati.”

“Sabar Pak Nil. Itu semua lalang sahaja.”

“Betul tu Pak Nil. Semuanya bermusim dan toksik. Ambil kesempatan dalam publisiti.”

Sebelum ini, kempen boikot terhadap beberapa jenama antarabangsa mendapat perhatian meluas susulan konflik yang berlaku di Asia Barat.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aznil Hj Nawawi

Published by
Aizam Manaf