Pelakon Sophia Albarakbah tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna media sosial yang sering meninggalkan komen berbaur lucah atau hinaan terhadap dirinya.
Menurut Sophia, 31, dia dan pihak pengurusannya kini mengumpul bahan bukti seperti tangkap layar mesej berkaitan sebelum meneruskan dengan tindakan susulan.
“Tidak dinafikan saya banyak terima ‘direct message’ (DM) yang tidak senonoh termasuk gambar. Saya tidak tahu bagi mereka adakah ini perkara lawak dengan menghantar DM tidak senonoh seperti itu.
“Jadi kami sedang menyimpan bukti, semua DM atau komen yang teruk seperti makian dan perkara tidak senonoh semua telah dikumpulkan.
“Ada juga yang menggunakan akaun sama memberikan teks sedemikian. Nampak bersungguh-sungguh sangat membenci tu. Kita pun simpan sajalah sebagai bahan bukti,” katanya.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada Malam Gaya Tayangan Perdana Filem Harimau Malaya di GSC The Starling, Petaling Jaya, pada Isnin.
Sophia berkata, dia juga menerima pelbagai mesej berbaur kebencian tanpa mengetahui sebab utama individu terbabit melakukannya.
“Apa yang boleh saya katakan, ada dua jenis mesej yang sering diterima iaitu foto yang tidak senonoh dan terutama daripada lelaki. Satu lagi adalah mesej memaki hamun tanpa sebab spesifik.
“Sebelum ini bila terima mesej sedemikian, saya akan terus sekat sahaja. Namun sekarang lebih baik untuk biarkan saya di situ sebagai bukti jiwa bawa perkara ini ke tengah.
“Macam dulu ketika saya sekat, memang banyak juga kira-kira 50 peratus DM, tapi saya tidak terus sekat sebab mahu kumpul bukti cuma ia tidaklah sebanyak dahulu,” katanya lagi.
Pelakon berdarah kacukan Arab, Melayu dan Cina ini turut menambah, untuk memastikan mentalnya sentiasa dalam keadaan baik, dia akan cuba elak daripada membaca komen negatif.
“Pada awal sudah tentu saya terkesan dengan perkara ini. Tapi, saya tetap perlu bekerja dan hidup seperti biasa. Jadi, saya cuba untuk tidak terlalu baca semua komen atau mesej sebegitu. Saya cuba tapis perkara yang tidak baik seperti itu,” katanya.
Selain Sophia, turut sama terlibat di dalam filem yang bakal ditayangkan bermula 15 Ogos depan itu termasuklah merqeen, Aidil Aziz, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Zain Hamid, Vanidah Imran, Erra Fazira, Nam Ron, Bell Ngasri, Amelia Henderson, Kavin Jay dan Douglas Lim.
Naskhah terbitan 4ward Pictures Sdn. Bhd arahan Datuk Afdlin Shauki ini mengangkat kisah pasukan bola sepak kebangsaan, ‘Harimau Malaya’ dan ia diinspirasikan daripada kisah di sebalik tabir Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas Tan Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada Januari 2022.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah mendirikan rumah tangga bersama, pelakon Aiman Hakim Ridza mengakui dia dan isteri, Zahirah MacWilson sentiasa memberi sokongan kepada karier seni lakonan satu sama lain.
Menurut Aiman, isteri tersayang juga bersikap terbuka dan bersikap matang apabila dia digandingkan bersama pelakon wanita yang lain menerusi mana-mana naskhah.
“Apabila saya balik ke rumah selepas selesai jalani penggambaran, saya akan berkongsi dan beritahu dia setiap babak yang saya telah lakonkan.
“Kadang ada juga saya bertanya dengan dia, sama ada babak yang saya lakonkan itu adalah satu tindakan yang betul sebab status saya sekarang pun dan berlainan.
“Zahirah pada masa sama banyak bantu saya dari segi berkongsi idea dan sebagainya kepada saya. Jadi, saya bersyukur memiliki seseorang seperti Zahirah dalam hidup saya,” katanya.
Aiman kini muncul dalam sebuah drama komedi romantik popular daripada Korea Selatan yang diolahkan semula, She Was Pretty.
Menerusi drama komedi romantik berkenaan, Aiman bergandingkan bersama pelakon Diana Danielle.
Tambah Aiman, Zahirah sentiasa memberi galakan kepada dirinya sepanjang menjayakan She Was Pretty sebelum ini.
“Macam sebelum ni, Zahirah memang pernah berjumpa dengan Diana Danielle. Jadi apabila dia mengetahui saya bakal digandingkan bersama Diana, dia lebih ke arah ingin mengetahui bagaimana pengalaman bekerjasama dengan aktres tersebut.
“Manakala dari segi sokongan moral pula, Zahirah adalah seorang yang sangat matang dan selalu beri sokongan kepada saya,” luahnya lagi.
Selain Aiman dan Diana, drama komedi romantik ini turut dibintangi pelakon Alvin Chong, Daniella Sya dan bakal ditayangkan di penstriman video OTT pan serantau terkemuka, Viu mulai 23 Jun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Aiman Hakim Ridza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kebiasaannya, kita sering melihat aksi jenaka pelawak, Syaiful lebih-lebih lagi gelagatnya ketika bersama kumpulan lawak, Zero yang turut disertai dua beradiknya yang lain.
Bagaimanapun, baru-baru ini terserlah sisi lain pelawak asal Sabah itu yang berkongsi luahan menyentuh hati apabila memaklumkan dia amat rindui Allahyarham bapanya sejak akhir-akhir ini.
Menurut Syaiful, memori bersama ayahnya itu masih segar diingatan lebih-lebih lagi sewaktu berkerja sebagai pengusaha ikan.
“Ayah saya betul-betul rindu ayah, saya betul-betul rindu pelukan ayah… Semua kenangan semasa kita kerja ikan, terik panas kita tarik bakul ikan hujung ke hujung semua tu saya tidak boleh lupakan ayah.
“Banyak lagi ayah saya tidak boleh lupakan bersama ayah… Saya cuma beritahu dengan ayah saya betul-betul sayangkan ayah…
“Yaa Allah ampunkan lah segala dosa ayah ku, tempat kan lah ayah ku dalam golongan orang-orang yang beriman AL-FATIHAH… Aminnn Yaa Allah,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Syaiful menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Syaiful turut menitipkan doa semoga arwah bapanya itu sentiasa diampunkan dosanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut meluahkan rasa sayu selain turut berdoa semoga arwah bapanya itu ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sumber: Instagram Syaiful Zero
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Adat pertandingan.” Itu kata pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat yang menyifatkan ketiadaan namanya dalam senarai penuh Top 5 Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH 32) bukan rezeki buat dirinya pada kali ini.
Meskti tidak tercalon, penyanyi Temberang ini bagaimanapun tetap akan memberi sokongan penuh terhadap acara gilang-gemilang tahunan berkenaan.
“Ini semua adat pertandingan.Saya anggap ketiadaan nama saya dalam senarai penuhnya bukan rezeki namun akan tetap memberikan sokongan kepada penganjuran anugerah itu.
“Lagipun prinsip saya bukan nak kejar trofi tapi karya yang berkualiti untuk terus menghiburkan pencinta muzik dan mewarnai industri seni lakonan. Itu lebih penting,” jelas Ayda.
Tambahnya lagi, sesebuah anugerah yang diraih tidak semestinya mampu menjamin seseorang artis itu untuk terus kekal berada dalam industri seni.
Sebaliknya, bagaimana seseorang artis itu mampu untuk terus merencana perjalanan seninya.
“Anugerah bukan tiket untuk melayakkan diri berada di dalam industri seni buat selama-lamanya.
“Saya pernah menang anugerah, tapi saya juga pada masa sama masih perlu berusaha untuk mendapatkan naskhah yang terbaik serta lagu-lagu yang mesra pendengar bagi menambat hati peminat.
“Apapun saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua selebriti yang tercalon dalam lima senarai akhir ABP tahun ini,” ucap Ayda.
Sekadar informasi, ABPBH 32 akan disiarkan secara langsung di TV3 dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 22 September depan, jam 9.00 malam.
Foto: Instagram Ayda Jebat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana tumpang gembira apabila bekas suami yang juga pengarah, Syamsul Yusof akhirnya pulang ke rumah keluarga bagi bertemu ibu bapanya di...