“Dulu Saya Berangan Nak Jadi Artis Nasyid,” – Peminat Setia Inteam, Aliff Syukri Kongsi Foto Waktu Sekolah Pondok

Share

Kemunculan pelbagai kumpulan nasyid sekitar lewat tahun 90-an sehingga awal 2000 sememangnya telah menjadi fenomena buat industri muzik tempatan.

Antara kumpulan nasyid yang pernah menempa nama satu ketika dahulu termasuklah Raihan, Rabbani, Hijjaz, Inteam dan banyak lagi.

Terbaru, usahawan popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan dirinya juga merupakan salah seorang peminat setia kumpulan Inteam.

Malah, sewaktu menuntut di sekolah pondok, dia juga pernah memasang impian untuk turut menjadi seorang penyanyi nasyid.

“Cuba cari saya di mana? Masa ni awak, umur kita baru 15 tahun. Cepat ye masa berlalu.

“Dulu saya berangan nak jadi artis nasyid haha. Hanya kenangan ketika ni saya Sekolah Pondok, Pasir Tumbuh, Kelantan,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada lima orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi posting yang sama, Datuk Seri Aliff turut dilihat berkongsi foto lamanya bersama kumpulan Inteam.

Katanya lagi, dia juga akan sentiasa meminati kumpulan tersebut sampai bila-bila.

“Dulu dan kini sylaya peminat setia @official_inteam.

“Nak tngok pic version tua saya, slide picture ni. Thank you @tjdntrmn simpankan pic ni,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut menyifatkan Inteam sememangnya sebuah kumpulan yang amat berbakat.

Sekadar informasi, nama kumpulan Inteam mula dikenali ramai sewaktu mereka diperkenalkan menerusi lagu Kasih Kekasih pada tahun 2000.

Inteam merupakan sebuah kumpulan nasyid dibawah pengurusan Hijjaz Record.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

.

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

IKLAN