Ads

“Dulu Orang Kata Saya Pendek, Tak Kacak,” – Zahiril Adzim Mahu Lebih Ramai ‘Firdaus Karim’ Dalam Industri, Bukti Pelakon Tanpa Pakej Punya Bakat Besar

Aktor, Zahiril Adzim, meluahkan rasa gembira melihat impak luar biasa yang berjaya dicetuskan oleh rakan pelakon, Firdaus Karim menerusi drama popular, Doa Yang Terlindung.

Menurut Zahiril, industri seni tanah air sememangnya sudah lama menantikan kehadiran pelakon yang memiliki bakat besar dan tidak hanya bergantung kepada rupa paras serta populariti semata-mata.

“Dulu Orang Kata Saya Pendek, Tak Kacak,” – Zahiril Adzim Mahu Lebih Ramai ‘Firdaus Karim’ Dalam Industri, Bukti Pelakon Tanpa Pakej Punya Bakat Besar

“Saya nak ada ramai lagi Firdaus Karim di dalam industri kita. Saya memang menunggu kedatangan pelakon-pelakon yang hebat, bagus, penuh kualiti dan tanpa ada pekej seperti pelakon lain.

“Saya pun tiada pekej luaran tapi kita ada ‘barang’ kita sendiri. Saya juga bersyukur kerana penonton kita masa kini sudah semakin membuka mata, menerima dan ambil tahu tentang pelakon-pelakon berbakat besar ini.

“Pada mulanya, pelakon-pelakon seperti ini memang akan dikecam disebabkan fizikal dan luaran. Namun, bila sampai ke hujung, barulah penonton nampak dan dapat rasa kualiti lakonan itu,” katanya kepada MH.

Zahiril berkata demikian ketika ditemui pada acara tayangan perdana filem Amira Amir, baru-baru ini.

Ads

“Dulu Orang Kata Saya Pendek, Tak Kacak,” – Zahiril Adzim Mahu Lebih Ramai ‘Firdaus Karim’ Dalam Industri, Bukti Pelakon Tanpa Pakej Punya Bakat Besar

Dalam pada itu, pemenang Aktor TV Popular di Anugerah Bintang Popular ke-37 ini menegaskan dia tidak memandang rendah terhadap pelakon yang memiliki pakej lengkap dari segi rupa.

Namun, Zahiril berpendapat, sudah tiba masanya penonton meraikan kepelbagaian dalam pemilihan pelakon.

“Dulu Orang Kata Saya Pendek, Tak Kacak,” – Zahiril Adzim Mahu Lebih Ramai ‘Firdaus Karim’ Dalam Industri, Bukti Pelakon Tanpa Pakej Punya Bakat Besar

Ads

“Saya tidak menolak atau memandang rendah pelakon-pelakon yang mempunyai pakej. Sudah tentu industri juga memerlukan pelakon-pelakon yang berwajah ‘elok’.

“Sesetengah penonton memang nak tengok hero yang kacak dan heroin yang cantik, tak mengapa. Apa salahnya jika dua kumpulan pelakon ini bergabung dan mewarnai industri tanah air,” kongsinya lagi.

Pernah Dikecam, Kini Jadi Pembakar Semangat

Dalam masa sama, Zahiril mengakui dirinya juga pernah melalui situasi serupa seperti Firdaus Karim pada awal pembabitannya dalam dunia seni.

Ads

“Dulu Orang Kata Saya Pendek, Tak Kacak,” – Zahiril Adzim Mahu Lebih Ramai ‘Firdaus Karim’ Dalam Industri, Bukti Pelakon Tanpa Pakej Punya Bakat Besar

“Ketika awal kemunculan sebagai pelakon, orang kata saya tak kacak dan pendek tapi saya tak pernah putus asa.

“Saya tahu yang saya ada benda yang boleh dikongsikan kepada orang lain. Saya mengharapkan kehadiran saya ini dapat menjadi penanda aras untuk orang yang senasib dengan saya.

“Jangan risau, ada tempat buat kita di dalam industri ini. Yang penting, kita kena berlakon betul-betul. Elakkan kontroversi dan jaga diri kira sendiri. Jangan buat hal bukan-bukan.

“Saya sudah pun membuktikannya. Jadi, saya harap akan ada ramai lagi adik-adik saya yang datang daripada kursus-kursus lakonan daripada UiTM, ASWARA dan sekolah seni. Industri ini memerlukan orang seperti anda,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Jaga Diri, Jangan Lasak,” – Intan Najuwa Mengandung Lagi, Ramai Tumpang...

Pelakon Datin Intan Najuwa berkongsi khabar gembiran apabila memaklumkan dirinya sedang hamil anak kedua.
error: Hello. Cannot.