Siapa yang sangka, hanya dengan menjual kek, wanita ini mampu mencipta fenomena dan bergelar jutawan hingga mencetuskan viral di kalangan wargamaya.
Siti Noor Sabrina Soobri atau Sabrina asalnya bekerja sebagai juru x-ray selama sedekad di sebuah kolej perubatan sebelum terlintas memulakan perniagaan sendiri.
Minat menyediakan pastri antara titik tolak awal kepada minatnya mencetuskan perniagaan bakeri, Mamasab di bawah syarikat Mamasab International Sdn Bhd.
Bermula dengan berniaga di rumah secara kecil-kecilan di Taman Medan, Petaling Jaya (PJ), jenama itu akhirnya memiliki cawangan pertama juga terletak di kawasan sama pada 2017.
Setakat ini, jenama milik bumiputera itu sudah memiliki 151 ribu ejen berdaftar dari seluruh negara. Selain pejabat urusan berpengkalan di PJ, lima kilang termasuk di ibu kota, Johor dan Kelantan menjadi mercu tanda kejayaan.
“Awalnya ia bermula dengan rangkaian 10 inovasi produk bakeri termasuk manisan seperti brownies, durian crepe dan combo bar. Tapi syukur kini, sudah lebih 50 produk dihasilkan termasuk kecantikan.
“Sebelum bertukar nama Mamasab pada 2018, nama asal perniagaan saya ialah Sabrina Bakery. Saya sendiri tak pernah terfikir mampu bergelar jutawan dan berkongsi rezeki itu dengan ramai orang.
“Saya pun bukan datang daripada keluarga yang bertunjangkan perniagaan. Hanya orang kampung biasa-biasa saja. Saya tak pernah terfikir meninggalkan kerjaya juru X-ray membuka laluan rezeki besar,” katanya.
Sabrina terdahulu menganjurkan Mamasab Grand Award 2021 bagi meraikan ejen dan pelancaran inisiatif Mini Hub oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun, 7 Ogos lalu.
Ads
Kata Sabrina, nama perniagaannya terbit hasil hubungan baik dengan ejen.
“Pelanggan dan ejen suka memanggil saya mama. Malah nama Sabrina juga dipendekkan menjadi Sab. Maka tercetuslah nama Mamasab. Saya ini umpama mak kepada ejen khususnya. Mereka umpama anak saya.
“Panggilan dan nama itu yang buat hubungan terjalin jadi lebih akrab. Ia tidak semata-mata hubungan pengasas produk dan ejen. Sebarang masalah berbangkit membabitkan ejen, saya selesa bawa ia ke meja perbincangan.
“Macam kita selesaikan hubungan dalam kekeluargaan. Hubungan akrab itu juga antara intipati dan kekuatan. Ia sangat manis, saya sama-sama mahu ejen juga bina kejayaan dan bangkit dari apa saja yang menjatuhkan,” katanya.
Ads
Dia pada masa sama tidak menafikan pandemik COVID-19 dua tahun lalu turut membantutkan perniagaannya.
“Lalu terhasillah inisiatif mewujudkan sistem mini hub untuk berniaga secara offline. Selama ini termasuk waktu PKP, perniagaan 100 peratus berpaksikan dalam talian.
“Tapi saya sedar ada ejen yang tidak pandai berniaga secara online. Ada yang segan nak buat lintas langsung atau bercakap depan kamera. Pendek kata skil mereka terbatas.
“Mini hub ini membantu ejen saya berniaga offline dan ia sebagai alternafif. Mini hub ini boleh dibuka di mana-mana tempat, rumah atau kedai bersesuaian dengan bermodalkan RM400 sahaja,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Sabrina berkata selama ini perniagaannya berpaksikan pemasaran dengan ‘zero cost’.
Ads
Namun, kini jenama itu berfikir perlu melaburkan wang untuk terus meningkatkan jualan termasuk menaikkan papan iklan di sepanjang lebuh raya.
“Dalam usaha untuk terus terbang tinggi, kena laburkan sejumlah wang. Pemasaran dengan ‘zero cost’ sudah tidak relevan lagi terutama selepas era pandemik.
“Kami perlu melakukan sesuatu untuk ‘boost’ jualan. Justeru, kami menaja 30 papan iklan bagi master stokis terpilih. Tapi secara keseluruhan ada lebih 200 papan iklan akan dinaikkan bermula hujung bulan ini secara berperingkat.
“Papan iklan ini bukan sekadar dihiasi wajah saya. Tapi wajah ejen juga akan menghiasi papan iklan. Saya percaya kena ada gabungan pengasas dan ejen sebegitu untuk berjaya. Tak boleh muka pengasas saja yang glamor, ejen pun perlu diketengahkan.
“Insya-Allah menjelang 2025, kita nak capai sasaran jualan RM1 bilion ” katanya yang berjaya menghasilkan jualan sebanyak 162 juta ringgit pada tahun 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini kedengaran cerita kurang enak, bila mana penyanyi meningkat naik Bunga Isme dikatakan sudah mula ‘naik tocang’ kerana kesukarannya untuk menjawab panggilan atau membalas mesej daripada pihak media.
Menafikan dakwaan tersebut, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jailani, 22, berkata sekarang dia mempunyai sedikit kekangan masa berikutan status sebagai penuntut universiti.
“Saya bukan sombong atau besar kepala, sebaliknya sibuk menjalani rutin sebagai penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) sambil meneruskan aktiviti seni termasuk memenuhi jadual persembahan.Mungkin saya terlepas pandang.
“Maaf kalau ada yang terasa malah seboleh-bolehnya saya cuba memenuhi permintaan semua pihak.Harapan saya perkara ini dapat kembali reda.
“Saya bersikap profesional.Jika ada apa-apa perkara yang ingin ditanya, harap dapat berurusan terus dengan pihak Warner Music sebagai menghormati mereka,” katanya kepada MH.
Bunga ditemui pada majlis sidang media pengumuman senarai pencalonan Top 5 Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM 23) yang berlangsung di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Bercakap mengenai tersenarai sebagai calon akhir AIM23, Bunga yang bernaung di bawah syarikat rakaman, Warner Music melahirkan keterujaannya apabila dapat menempatkan diri dalam anugerah muzik berprestij itu.
“Berdebar dan teruja bersilih ganti memandangkan ini penyertaan pertama dalam AIM. Tak sangka berjaya melangkah sebagai Top 5, kerana saya fikir saya diundang hari ini bagi memeriahkan majlis.
“Berpeluang membolosi dua kategori dalam acara besar ini menyuntik semangat untuk menghasilkan lebih banyak karya bermutu.
“Saya ingin berterima kasih kepada penghibur senior, Noraniza Idris dan Siti Nordiana yang memberi kepercayaan kepada saya berpadu suara dengan mereka,” katanya.
Menerusi AIM23, Bunga tercalon menerusi dua kategori iaitu Lagu Pop Etnik Terbaik, Intan Payun nyanyian duetnya bersama Noraniza Idris.
Selain itu, dia turut memboloskan diri dalam kategori Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik menerusi lagu Amaran bersama Siti Nordiana.
AIM23 akan diadakan pada 11 September bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).Majlis gilang-gemilang itu akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Bunga Isme
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pasangan pelakon dan usahawan popular, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal baru-baru ini menganjurkan majlis sambutan ulang tahun kelahiran anak pertama mereka, Ahmad Fakharuddin Attar Suhairi yang kini genap sembilan tahun.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik Wawa di laman Instagram, majlis itu dirai meriah dengan kehadiran rakan-rakan kepada anak-anaknya.
Wawa atau nama sebenarnya, Nur Hawa Zainal Abidin, 31, turut menitipkan ucapan buat anak sulungnya sempena meraikan momen manis tersebut.
“Happy birthday tanda cinta pertama ayah dan mama, Ahmad Fakharuddin Attar.Sudah sembilan tahun berlalu.
“Kenangan mengandungkan dan melahirkan Attar memang tidak akan pernah padam di ingatan mama.
“Semoga menjadi abang dan anak yang baik.Amin ya rabbal alamin.We love you always brother,” tulis Wawa.
Namun begitu, majlis sambutan berkenaan turut mendapat kritikan segelintir netizen susulan tema yang dipilih dikatakan kurang sesuai dengan acara melibatkan kanak-kanak.
Ini kerana netizen mendakwa, kartun tersebut membawa unsur negatif seperti melibatkan pembunuhan dan keganasan selain tidak sesuai buat kanak-kanak yang masih kecil.
Lalu, ada yang menegur Aeril dan Wawa agar tidak mempromosikan kartun tersebut dan meminta mereka menjadi lebih peka tentang kartun kesukaan anaknya itu. Antaranya;
“Please jangan promote kartun ni, kartun ni seram untuk budak-budak. Tak boleh tengok kartun ni, jangna bagi anak tengok kartun sebarangan.
“Kartun ini actually tak boleh bagi budak tengok, sebab dia pasal bunuh-membunuh.Ibu bapa kena check balik pasal kartun ni. Seram.
“Tolong jangan promote, karakter kartun ini sangat menakutkan dan berbahaya.
“Kartun Huggy Wuggy tu bawa unsur negatif, elakkan anak menonton atau minat pada karakter berkenaan,” komen sebahagian netizen.
Sekadar info, Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada 2013.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 9, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa, 7, Ayya Soffya, 2, dan Muhammad Fahri yang kini berusia 10 bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemergian pelakon, pengacara dan penulisan lirik terkenal, Bob Lokman sememangnya memberi kesan yang mendalam kepada ramai pihak terutamanya buat rakan-rakan seperjuangan industri seni tanah air.
Antara yang turut sama menitipkan nukilan indah buat arwah Bob termasuklah penyanyi dan pelakon terkenal, Datuk Awie.
Menurut Awie, dia dan Bob pernah mengharungi pelbagai detik suka dan duka sepanjang bergelar anak seni dan yang lebih utama sebagai seorang sahabat.
Katanya lagi, segala kenangannya bersama Bob akan sentiasa tersemat di hatinya.
“Innalillahiwainnailaihirajiun. Selamat jalan sahabat. Banyak sejarah kita bersama. Suka, duka dan jasa. Aku simpan dan aku hormati semuanya. Satu hari kita akan jumpa di sana,” tulisnya.
Nukilan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Kids Nowadays itu menerusi entri terkini di laman Instagram.
Menerusi posting, Awie turut memuat naik fotonya bersama arwah Bob ketika mereka masih muda.
Dalam pada itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman turut menyifatkan pemergian arwah Bob sememangnya memberi hikmah dan mengingatkannya tentang kematian.
“Aku doakan semoga kau diampunkan segala dosa dan tenang disana disamping kekasih-kekasih Allah SWT.
“
Allahuakbar, kawan-kawan ku semua, masa kita akan sampai nanti. Al-Fatehah,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak selain turut mendoakan semoga arwah Bob ditempatkan dikalangan orang beriman.
“Almarhum Bob Lokman dan Wings satu ketika dahulu nama yang tidak boleh dipisahkan.
“Salam takziah. Semoga Almarhum Bok Lokman ditempatkan dalam golongan para soliheen.
“Semoga tenang di sana Abang Bob.
“Perginya seorang yang berbakat besar dalam industri muzik tanah air. Khususnya lagu Isabella dan Taman Rashidah Utama yang menjadi karya hebat beliau.
“Kita semua akan ke sana juga nanti. Semoga keluarga Bob Lokman tabah menghadapi dugaan ini,” antara komen-komen netizen.
Terhadulu, arwah Bob sememangnya mempu hubungan yang sangat akrab dengan Awie kerana arwah bertanggungjawab menulis lagu-lagu popular kumpulan Wings seperti Intanku Kesepian dan Taman Rashidah Utama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Datuk Awie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...