Beberapa hari lalu, Kamal Adli ada berkongsi beberapa keping foto lamanya menerusi media sosial. Sekadar mengimbas memori, namun perkongsian yang dibuat Hero Remaja itu nyata mengundang hibur dan nostalgia para peminat.
Difahamkan, dua foto lama yang dimuat naiknya itu adalah antara penggambaran fotografi terawal buat bintang Selepas Terlafaznya Akad itu yang pernah berjinak-jinak dalam dunia peragaan sebelum fokus berlakon sejurus menjuarai Hero Remaja.
“Eyh sucinyaaaaa!!! tahun 2007 ni.. ahahahah… alhamdulillah smpi sekarang masih suci 😁 time ni mula2 buat fotoshoot.. pakai makeup tebal.. now x pakai makeup terus.. heheheh.. sbb nk jadi macho.. org macho x pki makeup,” tulisnya.
Ads
“Okay nah satu lagi.. time ni baru2 masuk majalah @majalahremaja .. bru2 belajar posing.. tu yg terkangkang tu.. belt tu nk pegi mana tu? rantai tu takut kencing malam.. ahahah,” kata Kamal menerusi foto lama lain yang dimuat naik.
Lalu menerusi ruangan komen di Facebook, rata-rata peminat meninggalkan komen humor yang menghiburkan!
Ads
Ads
Selain Kamal Ali yang bergelar juara, Pencarian Hero Remaja 2007/08 lalu turut menempatkan Fizo Omar sebagai pemenang tempat kedua.
Sementara antara finalis lain edisi sama yang turut terjun dalam dunia seni ialah Ammar Alfian, Idris Khan, Jaslin Puasa dan ramai lagi.
Foto: Facebook Kamal Adli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Isteri kepada pelakon Ammar Alfian, Nelissa Nezam telah selamat melahirkan bayi lelaki pada semalam (31 Julai).
Perkara itu diumumkan Nelissa menerusi Insta Stories sambil mendukung anaknya itu.
“Baby K is here! Saya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada malam 31 Julai 2019,” tulis Nelissa sambil diseratakan foto berlatarbelakangkan hitam-putih.
Untuk rekod, Ammar dan Nelissa telah mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016.
Terdahulu, kisah rumah tangga mereka berlaku pergolakan apbila Ammar bertindak curang ketika Nelissa sarat hamil enam bulan.
Menerusi entri terbaru Abby Abadi di Instahram, selebriti ini berkongsi pesanan arwah Tuan Guru Nik Aziz yang menyarankan agar umat manusia saling mengenali dan menolak secara jelas rasis ataupun perkauman yang merosakkan.
Malah, menerusi video yang dikongsi, pendakwah terkenal itu menyifatkan bahawa tiada satu bangsa pun yang lebih unggul daripada bangsa lain dan hakikat bahawa tiada satu pun bersifat abadi.
“Islam mengajar umat manusia untuk saling mengenali dan secara jelas menolak rasisme, ta’assub kumpulan, perkauman ataupun sikap assobiyah yang merosakkan.
“Rasulullah s.a.w telah menunjukkan tauladan kepada umatnya, mempersatukan penduduk Madinah yang berbilang kabilah, bangsa dan agama. Rasulullah telah membentuk komuniti bersatu ‘Aus dan Khazraj, Muhajirin dan Ansar dalam satu wilayah pemerintahan agar semuanya dapat menjalani kehidupan aman dan damai.
“Manusia yang menyatakan keunggulan satu ras dan mempercayai bahawa mereka lebih unggul dari bangsa yang lain, mereka sebenarnya telah melupakan satu hakikat penting bahawa tiada satu pun nilai-nilai tersebut bersifat abadi
“Setiap manusia yang beriman mahupun kafir, hidup atau mati, akan meninggalkan semua yang dimilikinya di dunia ini. Segala amal usahanya akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah. Pada hari itu, tidak seorangpun mampu menolong yang lain, tiada ras dan warna kulit. Allah menggambarkannya dalam sebuah ayat:
فَإِذَا نُفِخَ فِي الصُّورِ فَلا أَنسَابَ بَيْنَهُمْ يَوْمَئِذٍ وَلا يَتَسَاءَلُون
Maksudnya : “Apabila sangkakala ditiup maka tiada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu, dan tidak pula mereka saling bertanya.” (Surah al- Mu`minun:101)
“Allah turut menjelaskan dalam ayat yang lain bahawa hubungan keakraban dan persaudaraan seharusnya ditegakkan atas dasar takwa dalam firman-Nya:
“Maksudnya : “Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Surah az-Zukhruf:67)
“Sayyid Qutub menyatakan dalam tafsirnya “Fi Zilal al-Quran”, Takwa adalah kepekaan hati, kehalusan perasaan, rasa khuatir yang terus menerus dan hati-hati terhadap semua larangan-larangan Allah di dalam kehidupan…
“Ps: Ketahuilah bahawasanya bangsa yg di bangga2kan oleh sesetengah dari kita tidak bernilai disisi ALLAH. Yg bernilai hanya IMAN & TAQWA 😇