
Pelakon dan pengacara, Ezzanie Jasny tampil memperjelas dakwaan segelintir netizen yang menuduh dirinya menjalani pembedahan kosmetik selepas timbul dakwaan di media sosial mengenai perubahan pada wajahnya.
Bintang drama Seindah Hujan Cinta ini berkata, penampilannya kini adalah hasil daripada gaya hidup sihat, penurunan berat badan serta rawatan wajah dan bukannya hasil pembedahan.
“Saya tak ‘buat muka’. Saya hanya melakukan rawatan wajah sahaja. Saya mementingkan kesihatan wajah dan badan.
“Sebelum ini, ketika penggambaran drama Layang-Layang Perkahwinan, kalau ada yang perasan, penampilan saya agak berisi dan sedikit tembam,” jelasnya.
Tambah Ezzanie, perubahan itu mula berlaku selepas dia mengamalkan rutin pemakanan sihat dan mula menjaga berat badan.
“Sebelum ini saya 58 kilogram dan sekarang berat saya 51 kilogram. Kalau dulu, wajah saya memang nampak tembam di skrin. Jadi saya ambil inisiatif untuk kurangkan berat badan.
“Waktu pagi saya ambil meal replacement, tengah hari saya elak nasi dan hanya makan lauk, serta tak minum minuman bergula. Saya juga kawal pengambilan kalori,” katanya lagi.

Sayangi Diri Apa Adanya
Ezzanie bagaimanapun menjelaskan, dia tidak terkesan dengan tuduhan yang dilemparkan dan berterus terang bahawa dia hanya menjalani rawatan kulit bukan pembedahan kosmetik.
“Bila ada yang mendakwa saya ‘buat muka’, saya tak terkesan. Saya hanya buat rawatan kecantikan seperti rejurandan skin booster.
“Kalau buat rawatan itu, saya memang mengaku. Tapi bukan pembedahan ubah wajah atau ‘buat muka’.
“Alhamdulillah, saya sangat gembira dengan keadaan diri saya sekarang. Saya bangga dengan warna kulit saya yang sawo matang. Tak perlu putih untuk nampak cantik,” katanya.
Ezzanie ditemui ketika menghadiri pelancaran kempen “Still Me With More” anjuran BMF The Aesthetics Peopledan Svenson di Intermark Mall, Kuala Lumpur bersempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia, baru-baru ini.
Sebagai duta BMF sejak Jun 2025, Ezzanie turut berkongsi pandangannya mengenai tekanan media sosial yang boleh menjejaskan keyakinan diri, namun dia memilih untuk kekal autentik dan menghargai diri sendiri.
“Kini, kecantikan bukan lagi tentang kesempurnaan. Ia tentang keselesaan dan keyakinan dalam diri sendiri,” katanya.
Dia pada masa sama mendedahkan, rawatan seperti CFU Face Treatment di BMF juga banyak membantunya mengekalkan seri wajah walaupun sibuk di set penggambaran.
Terdahulu, Majlis sama turut menampilkan Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Pensyarah Kanan Psikologi Pendidikan dari Universiti Malaya.
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob selaku duta Svenson juga turut hadir, berkongsi falsafah hidupnya “Reset, Recharge, Recover” pada sesi tersebut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Bateri Habis, Mood Pun Down 😩
Powerbank ringan ni penyelamat bila phone tengah low — cepat cas, tak panas, senang dibawa ke mana saja. Harga pun mampu milik!
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




