“Dulu 2 Kaki, Sekarang 4 Kaki,”- Zed Zaidi Timang Anak Kembar Perempuan, Tahniah!

Share

Zed Zaidi berkongsi berita gembira apabila isterinya, Natalia Mustafa Kamal selamat melahirkan anak kembar perempuan semalam.

Perkara itu dikongsikan Zed di Instagramnya apabila isteri dan anak-anaknya berada dalam keadaan baik dan sihat.

“Alhamdulillah semua selamat..dulu 2 kaki sekarang dapat 4 kaki rezeki allah nak bagi… syukur,” tulisnya ringkas. 

Difahamkan, bayi pertama dilahirkan jam 1.33 petang seberat 3.15kg, sementara bayi kedua jam 1.34 petang dengan berat 2.7kg.

Untuk rekod, Zed dan Natalia berkahwin pada 29 April 2011 dan dikurniakan anak lelaki iaitu Ryan Ziqry, 7 tahun.

Tahniah diucapkan buat bekas pemenang Hero Remaja 200/01 ini.

Foto : IG Zed Zaidi

IKLAN