“Duit Tak Boleh Beli ‘Class’. Sila Merendah Diri,”- Tiz Zayqah

Share

Pelakon jelita, Tiz Zaqyah ada menulis satu twit menerusi laman media sosial Twitter miliknya.

Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak telah meluahkan rasa marah terhadap seseorang individu yang tidak diketahui.

“Tudung cantik2 berlian RM2K yang awak pakai tu hilang seri dia disebabkan of your ugly attitude. Money can’t buy class girl. Please be humble,” tulisnya.

Lalu, perkongsian pelakon berusia 30 tahun ini telah menjadi perhatian netizen di laman media sosial berkenaan.

Rata-rata netizen mempersoalkan siapa individu yang dikatakan oleh bintang drama bersiri Nur Kasih itu.

Dalam perkembangan lain, Tiz bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Sara Sajeeda yang bakal ditayangkan di slot Samarinda, di TV3.

Diharapkan segala perkara yang berlaku terhadap Tiz akan dipermudahkan secara baik.

Foto : Twitter Tiz Zaqyah

IKLAN