Suatu ketika dahulu usahawan terkenal yang juga anak tiri kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid dilarang berkahwin pada usia muda dengan penyanyi dan pelakon, Tya Arifin. Apatah lagi, ketika itu dia tidak memiliki kedudukan kewangan yang stabil dan dibimbangi tidak dapat melayari bahtera perkahwinan dengan lancar.
Namun, Asyraf, 30, atau nama sebenarnya Muhammad Asyraf Khalid nekad untuk mendirikan rumah tangga dengan Tya yang berasal dari Indonesia dengan alasan rezeki orang berkahwin dijanjikan rezeki yang luas oleh Allah SWT.
Yakin Murah Rezeki Jika Berumahtangga Meski Di Usia Muda!
“Apabila cakap nak kahwin, ayah saya terkejut dan dia tidak bersetuju. Apatah lagi ketika itu saya baru berumur 23 tahun. Bukan saja ayah, tapi keluarga juga menyakinkan agar jangan kahwin awal. Lagi pula ketika itu mereka tak pernah berjumpa Tya, sebaliknya tahu artis di Indonesia.
“Saya memang nak kahwin, sebab betul-betul dah jatuh cinta. Selepas keluarga saya berjumpa Tya, semuanya menjadi lebih baik dan lancar. Pendek kata perjalanan cinta saya dengan Tya ambil masa setahun sebelum kami berkahwin pada 1 November 2015.
Ads
“Sekarang, bila bapa saya jumpa orang terutama anak muda, dia nasihat cepat kahwin, duit tak ada tak apa, rezeki datang kemudian. Malah, nasihat sama juga dia bagi pada adik bongsu saya,” katanya.
Menurut Asyraf yang mengusahakan perniagaan Jamu Mutyara bersama isteri, rezeki selepas berkahwin dipermudahkan hingga berjaya melancarkan produk kedua di bawah syarikat mereka iaitu Mutyara V-Gin.
“Saya bukan suami yang sempurna, tapi menjadi sempurna sejak kehadiran Tya. Dia wanita yang cantik luar dan dalam. Saya bangga melihat perubahan dan kejayaan dicapai hari ini. Dia juga menjadi lebih berkeyakinan tinggi dan ketua yang baik.
Ads
“Alhamdullillah, kami sudah melancarkan produk terbaharu dari Mutyara iaitu Mutyara V-Gin. Ia adalah produk pertama yang dilancarkan selepas Jamu Mutyara, yang mana sudah berada di pasaran.
Ads
“Jadi, selama ini kita memberi fokus hanya dengan satu produk, tapi sekarang kita ambil keputusan untuk mengembangkan lagi produk Mutyara selari dengan kehendak dan keperluan pelanggan kita. Alhamdulillah sudah berada di pasaran,” katanya.
Menerusi perkahwinan itu, Asyraf dan Tya dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arif Jiwa Asyraf, Azzahra Jiwa Asyraf dan Aghnia Amira Jiwa Asyraf.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida yang kini bergelar usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli sebelum ini ada menyatakan hasrat untuk mengeluarkan lagu seterusnya sedang mencari komposer bersesuaian bagi tujuan berkenaan.
Lalu menerusi satu hantaran terkini yang dikemas kini jejaka asal Kelantan itu, dia memaklumkan single sulungnya bakal dilancarkan pada 1 November depan.
Lagu berjudul Hujan itu turut disertakan dengan muzik video rasmi yang bakal dimuat naik menerusi YouTube.
“1 November lagu saya yang bertajuk HUJAN (Official Music Video) bakal ditayangkan di Youtube Rusa Music. Mengisahkan tentang kisah benar, perjalanan hidup saya yang dilalui selama ini.
“Terima kasih pengarah video muzik @ericfuzi_f88 sanggup menuruti kemahuan saya dengan penggambaran yang memakan masa 24 jam – bermula 6 pagi sehingga 6 pagi keesokan harinya,” tulisnya.
Dia pada masa sama turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat selain sama-sama menulis lirik bagi lagu berkenaan.
“Saya menghargai karya komposer Zai Hamzah @achoifloor88 & @aku_oja tidak tidur banyak hari demi menyiapkan lagu saya. Tiga hari setelah menerima lagu terus ke sesi rakaman.
“Lirik sebahagiannya dari saya sendiri digabungkan idea bersama Zai Hamzah & Oja. Saya hargai semua krew, guru vokal yang bekerja keras. Berharap sudi bekerjasama lagi nanti,” jelasnya lagi.
Perkongsian mengenai Hujan mendapat reaksi pelbagai warganet dan sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 15,000 tanda suka.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memuat naik sekeping foto menyayat hati di mana seorang bayi tidak berbaju bersama sehelai kain batik di sisi diletakkan di sebuah lokasi dikelilingi tanah dan daun kering, Misha Omar mempersoal tindakan seorang ibu yang tergamak berbuat sedemikian rupa.
Jelas penyanyi ini lagi, seandainya tiada sesiapa yang menjumpai bayi malang ini, bagaimana nasibnya.
Malah tambah Misha lagi, tiada sebab kukuh untuk membuang anak yang dikandung walau apa saja sebab yang berlaku.
“Adikkk…kenapa Mama letak adik kat situ sorang-sorang??? Adik tak berbaju pula tu,kesejukan dia.. Kalau lapar cemana???
“Siapa lah yg akan dgr suara esak tangis adik yg cuma badannya sekecil itu?? To mama-mama yg senasib dengan Mama adik ini, jangan buat mcm ni ok?
“Kesalahan awk semua bukan bererti awak berhak memperlakukan adik seperti ini..Reach out, voice out…masih ramai yg sayang, terlalu ramai juga yg prihatin.
“Tindakan Mama-mama semua akan menyelamatkan nyawa anak-anak ini. Tolong lahh, Bumitch merayu, jangan buat mcm ni ok? Kalau ada Khadijah sorang, meh hantar kat Bumitch, ada Abg Adam & Abg Idris boleh jagaaaa,” kongsinya.
“Bukan gimik tahun baru.” Itu kata Neelofa apabila ditebak dengan persoalan sama ada pengunduran dirinya menerusi program hiburan, MeleTOP ada sebagai gimik bersempena dengan tahun baru 2020.
Pengacara dan usahawan itu bagaimanapun mendedahkan, perancangan untuk berundur sudah pun difikirkan sejak beberapa bulan lalu.
“Bebulan-bulan lamanya. Bukan gimik tahun baru. Kebetulan pengumuman dibuat pada penghujung tahun. Kalau nak diikutkan, setiap kontrak kami akan tamat pada akhir bulan Oktober.
“Saya ada suarakan untuk mungkin tukar tarikhnya kepada tahun hadapan, tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak boleh dielakkan, jadi kita kekalkan kepada bulan ini,” jelas Neelofa.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
“Masih berbaki lagi tigga minggu dan kita akan meraikan Lofa,” celah Nabil pada sesi sidang media dan Lofa turut memberitahu, episod terakhirnya bersama MeleTOP adalah pada 31 Disember depan.
MeleTOP mulai disiarkan pada 30 Oktober 2012 dengan menggandingkan Neelofa dan Nabil Ahmad dan sehingga kini ia sudah pun bersiaran sebanyak 370 episod.
Semalam, bintang itu mengumumkan dirinya akan undur diri dari mengendalikan program terbabit ketika siaran langsung selepas tujuh tahun bersiaran.
Pengumuman tersebut turut mengejutkan ramai pihak, sekaligus menjawab speklulasi yang bertebaran sebelum ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.