Categories: Berita

“Duit Mau, Menipu Tidak Mau,”- Anzalna Tolak Cara Baik Reviu Produk Hamil, Mahu Bersikap Jujur

Share

Pelakon Anzalna Nasir menolak secara baik apabila ada individu yang mahu menawarkannya membuat reviu produk berasaskan kehamilan. 

Lantas, bintang Kan Ku Kejar Cintamu itu telah memuat naik sekeping foto beserta kapsyen.

“Reaction bila orang suruh review product hamil yang kita tak guna. Duit mau, menipu tidak mau! Hahhahahahahhaha Thanks for the offer!  #BuatApaTipuBoskurrrrrrrrr,” tulisnya. 

Lalu, netizen berasa kagum dengan tindakan Anzalna yang bersikap jujur dan tidak mementingkan kewangan semata-mata. 

Dalam perkembangan lain, Anzalna kini sedang hamil empat bulan cahaya mata pertamanya.

Foto :IG Anzalna 

IKLAN