“Duit Akan Habis, Halal Takkan Habis,”- Isteri Achey Meniaga Satay, Netizen Puji Cara Hidup Sederhana

Share

Meski sudah bergelar selebriti popular, namun Achey tetap meneruskan kehidupan secara bersederhana.

Mana tidaknya, Achey telah berkongsi foto yang merakamkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau mesra dengan panggilan Anne meniaga satay di sebuah pasar malam.

“Ni @anne_achey isteri saya dan adiknya..

“P/s .. duit akan habis tapi halal takkan habis,” tulis Achey.

Menerusi ruangan komen pula, netizen memuji sikap sederhana keluarga bahagia ini yang sanggup menjual satay, meski sudah bergelar selebriti popular.

Difahamkan, lokasi tersebut terletak di Segamat, Johor.

Untuk rekod, kumpulan Bocey yang dianggotai oleh Fad, Abam dan Acey dinobatkan sebagai naib juara Maharaja Lawak Mega (Akhir) 2018 awal tahun ini.

Foto : Instagram Acey

IKLAN