Pelakon Ozlynn baru-baru ini ada berkongsi kisah pengorbanani sebagai seorang isteri dan ibu kepada lima orang anak.
Baginya, dia lebih senang untuk berkerja sendiri dan tidak terlalu mengharapkan wang ringgit sepenuhnya dari suaminya, Johan.
“My breakfast… dua ketul ayam golek ( chantiq n moleiq) yg di perap semalaman.. di sirami sos blackpepper yg pekat likat mampat..(air liur dak dua org nih) mcm mane nak g keje nih?😭 masalah mak2 kan,
“Aku kalau nk g keje biar la time dorg tido.. sb kalau dah bgn ati tu slalu susah nak lepaskan dorg.. mcm tu la agaknya anak2 kita bila menangis tgk mak pak kuar umah nak g keje kan.. tp nih mcm aku yg nangis nih😭😭😭 org slalu ckp, ozlynn xyah keje dahhh.. duk je umah.. laki ko kaya.. 🙄.. abes nak tunggu susah balik baru nak keje ke??
“Tau dak tanggungjwp kita.. ibarat besar periok nasi kita besar la kerak dia.. keluarga kami besar, anak ramai.. kdg ada benda yg x perlu mintak kat suami pon.. atleast ada duit sendiri boleh beli sendiri.. n aku pon mmg dari dulu berdikari sendiri,”jelasnya.
Ads
Malah, Ozlyn atau nama penuhnya Rozlinawaty Ismail mengakui bahawa dia sememangnya sudah dididik menjadi ‘susah’ agar tidk terlalu bergantung kepada orang.
“Dari kecik.. aku bkn pompuan yg duk umah x penah keluar keje.. lahir pun di kuala lumpur, kg pun di kuala lumpur.. so ktorg di ajar utk belajar susah, n cari duit sendiri,
Ads
“Semlm aku dok borak dgn kwn aku.. bapak dia kaya giler.. tp dia jarang bg anak dia duit belanja.. sebolehnya anak dia cari sendiri melainkan duit kolej sume bapak dia tanggung.. so dia nak apa2, dia carik sendiri.. penah skali dia pi oversea nk tgk adik dia bapak dia bg seribu.. dia x belanja pun duit tu.. sb dia dh pikir nak balik malaysia nk tukar duit tu n buat modal meniaga.. nampak x???
“N now dia sendiri ckp, lebih menghargai duit.. wehh for sure la harta bapak dia sume akan dpt kat dia n adik badik.. tp dia di didik utk berusaha sendiri.. baru dia tau nilai pengorbanan ibubapa, sshnya cari rezeki, baru la x spoil.. tp tiap tahun pak dia bawak pi umrah.. rezeki dia.. alhamdulillah,
Ads
“So apa yg aku nak tekankan kt sini.. kita xkan penah tau masalah dalaman org lain.. so stop judge people.. doakan lah.. ok.. dan doakanlah semoga aku dpt g keje dgn tenang.. dpt rezeki hari nih nak belanja anak2 makan best.. moga kalian yg baca nih smp abes dilimpahkan rezeki yg berkah,” tulisnya panjang lebar.
Perkongsian video ‘Kalau Sherry’ di Instagram Anzalna cukup mencuit hati, lebih-lebih lagi apabila pengacara popular itu membayangkan dirinya kurus persis Anzalna.
Ulas Sherry dengan nada gurauan, tuhan tidak membenarkannya kurus kerana dia akan berlagak sombong.
Malah, lebih melucukan, wanita berusia 34 tahun ini turut membayangkan dia akan berkahwin dengan Hanif sekiranya dia persis finalis Dewi Remaja itu.
“Kalau Sherry kurus persis Anzalna, Sherry sombong tau. Sebab itulah tuhan tak beri Sherry kurus. Sherry akan berkahwin dengan suami Anzalna sekarang.
“Pendek kata saya akan menjadi Anzalna sahajalah. Anzalna Alhadad,” katanya.
“I just gotta share this video, its hilarious! @hanif_zaki hanya mampu tersenyum tanpa berkata apa-apa. Faham kan maksud i? hahahhahahahhah Love @sherry_alhadad.”
Muat naik ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang cukup terhibur dengan keletah Sherry.
Dalam perkembangan lain, Sherry baru sahaja dinobatkan sebagai pemenang ‘Selebriti True Colour’ di Anugerah Stail EH 2019, pada Khamis. Tahniah Sherry!
Kata keramat ‘gemuk’ sering bermain di bibir pelakon Shah Iskandar sewaktu bertemu di Majlis Pelancaran dan Tayangan Teaser Filem Amukan Kuntilanak, pada Rabu.
Guraunya, sebelum ditegur mengenai penampilan, adalah lebih baik dia mengakui perubahan fizikal terlebih dulu.
Jelas Shah, pada mulanya dia diminta menambah berat badan untuk memegang watak Jamil Sulong menerusi filem Showtime 1958, namun selepas tamat penggambaran, sukar pula untuk turunkan berat.
Lebih-lebih lagi apabila tibanya musim perayaan, beberapa bulan lalu.
“Berat badan saya mula naik sewaktu penggambaran filem Showtime 1958 dan saya harus besarkan badan untuk memegang watak Jamil Sulong.
Penggambaran pula tamat sejurus waktu perayaan dan aktiviti saya hanya makan. Jadi ini akibatnya, berat saya naik 20 kilogram dan saya pula tidak bersenam di gim.
“Dan selepas berkahwin, berat makin naik dan susah untuk turun,” katanya yang kini mempunyai berat 92 kilogram.
Menceritakan pengalaman lucu sewaktu beraksi untuk babak dalam Ombak Rindu pula, kata pelakon dari Singapura ini, dia terpaksa menahan nafas bagi mengelakkan perut tampak buncit.
“Saya digandingkan dengan Remy Ishak yang memang berbadan sasa, jadi setiap kali berlakon, saya harus menahan nafas agar perut tidak kelihatan.
“Pengarah, Osman Ali juga seringkali mengingatkan agar saya menjaga perut sewaktu berlakon.
“Pada mulanya ia kedengaran lucu, namun apabila setiap kali ditegur, saya tahu sesuatu harus dilakukan untuk mengurangkan berat badan,” katanya lagi.
Dilihat mula aktif ‘tayang badan’ di Instagram, Shah menambah meski ada berkongsi foto ‘nakal’ seperti yang diperkatakan, namun dia masih tahu batas aurat.
“Bila saya kongsi gambar berkenaan, ada sahaja kata-kata kurang enak daripada netizen. Ada yang kata saya gendut. Tapi sebenarnya isteri yang ambilkan gambar dan post di Instagram saya.
“Sebenarnya buih itu pun di atas bahagian bahu, bukannya sehingga menampakkan pusat atau ke bawah. Tapi apabila makin banyak komen ‘nakal’, saya sengaja kongsikan gambar tidak berbaju untuk tujuan bergurau. Lagipun saya masih tahu batas aurat,” katanya mengakui laman sosial penting bagi seseorang selebriti dalam kekal relevan dalam industri.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Apabila bercakap mengenai bintang muda generasi kini, kebanyakannya dilihat lebih terbuka dalam sisi komunikasi dengan peminat tersayang. Malah ada di antara mereka yang punyai hubungan yang cukup rapat, hingga setiap inci pergerakan diketahui peminat.
Lalu, apakah ia menjadi tips untuk kekal disayangi atau masih ada ‘sisa’ kisah peribadi yang tidak dikongsi sebenarnya? Andi Bernadee dan Nabila Razali membuka bicara bersama Ernie Zakri, ‘kakak’ dua bintang muda yang kian mencipta nama.
Andi Bernadee Akui Diri Emosi
Penyanyi yang popular menerusi lagu Donde ini mengakui sebelum ini dia pernah bersuara berhubung dengan kisah sebuah video tular Ramadan lalu. Pertanyaan spontan yang dijawab dalam situasi ‘serba tidak kena’ itu memberi impak tersendiri buat dirinya.
Bagaimanapun, bintang asal Sabah ini tidak mahu memandang ke belakang. Cumanya, dia tidak menafikan bukan semua pandangan yang diberikan itu semuanya betul.
“Bagi saya, isu tersebut sudah pun selesai dan masing-masing ada perbezaan pendapat. Saya pun bukannya budak lagi, sudah cecah usia 28 tahun. Saya bermula dari bawah dan saya terima kalau ada di antara yang membayangkan saya agak tidak matang dalam memberikan respon terhadap isu tersebut.
“Saya belajar daripada kesilapan. Tapi tak bermakna orang di sekeliling itu pun betul. Cuba fikir ada sebab kenapa saya kata begitu. Jadi terpulanglah…saya tidak kisah selagi ia tidak melibatkan isu-isu lain yang sensitif,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Andi turut menjelaskan, menjadi selebriti bukan lesen untuk dimaki sesuka hati oleh ‘haters’.
“Saya mengaku ada ketikanya saya emosi. Saya pun insan biasa sama seperti orang lain. Cuba bayangkan bila orang kutuk, apa yang kita akan rasa?
“Tolong faham keadaan saya. Saya bukan dilahirkan untuk dicaci dan dimaki pembenci. Cuma kalaulah ada pendirian saya yang tidak disenangi, saya minta maaf,” kongsi Andi yang turut menambah ada batas yang perlu dipatuhi olehnya sebelum memberikan pendapat terhadap sesuatu isu.
Ditanya mengenai single terkininya, Donde yang kian sukses hingga ada yang memberikan pandangan yang dia kini agak sukar untuk didekati, Andi ada jawapan sendiri.
“Saya tidak boleh puaskan hati semua orang. Yang mengenali saya sebelum ini, tahulah saya jenis yang bagaimana. Bagi saya yang berkata begitu seolah-olah sengaja mahu menguji kesabaran.
“Tidak mengapalah, saya tidak akan ambil kisah kata-kata orang,” ujarnya lagi.
“Kenapa Mahu Cerita Dekat Semua?,” – Nabila Razali
Setuju dengan pendirian rakan seperjuangannya itu, penyanyi dan pelakon Nabila Razali pula memberikan pandapat, tiada guna untuk meluahkan rasa amarah di media sosial.
Bagi penyanyi lagu Pematah Hati ini, ia bukanlah langkah yang sepatutnya dilakukan pengguna media sosial.
“Sebagai ‘public figure’, saya lebih selesa untuk berkongsi hal positif sahaja di media sosial. Memandangkan saya turut membawa nama beberapa jenama sebagai wajah wakilan, jadi saya juga perlu kongsikan perkara yang baik buat pengikut.
“Kalau ditanya mengenai apakah yang akan saya lakukan kalau mahu meluahkan sesuatu di media sosial, kalau boleh saya tidak selesa untuk ceritakan pada orang luar.
“Kalau ada pun, jadilah iktibar tetapi yang penting tidak perlu untuk aibkan sesiapa. Sebelum ini pun saya memang tak berani yang bercerita mengenai hal orang lain meski saya pernah kena kecam teruk juga oleh ‘haters’.
“Tapi bila difikirkan balik kalau kita mahu lawan demi kepuasanya diri, rasanya itu tiada gunanya. Lebih baik fokus terhadap apa yang kita lakukan,” jelasnya optimis.
Bakal menginjak usia 30 tahun dalam tempoh tiga tahun dari sekarang, pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali ini mengakui agak berhati-hati dalam soal jodoh.
“Risau juga dengan berita mengenai kes curang sesama pasangan akhir-akhir ini. Bagaimanapun, saya tidak berani untuk jelaskan secara terperinci kerana saya sendiri pun masih lagi solo.
“Ada sebab keruntuhan rumah tangga atau putus cinta itu berlaku. Cuma kita sebagai individu perlu bijak untuk bawa diri. Macam saya sebolehnya cuba elak untuk berkawan dengan mereka yang sudah punyai pasangan.
“Usah rasa terlalu selesa, bimbang nanti perhubungan itu akan disalah anggap. Isu jodoh, saya serahkan kepadaNya,” ulas Nabila yang yang kini turut menguruskan projek bisnes, Bella Scarf.
Ingin Luahkan, Namun Pendam – Erni Zakri
Sinaran bintangnya kian bergemerlapan setelah hampir 10 tahun terlibat dalam seni. Malah profil kerjayanya juga kian diakui ramai sekali gus membuatkan nama Ernie Zakri menjadi perhatian peminat.
Lalu, situasi tersebut nyata membuatkan bintang asal Kuala Lumpur ini lebih berhati-hati terhadap setiap tindak-tanduk yang dilakukan.
Terutama apabila melibatkan media sosial, penyanyi lagu Kubersuara ini tidak menafikan ada ketikanya dia seakan mahu ‘lepaskan’ tekanan di hujung jari.
“Kita manusia biasa, ada keinginan untuk lakukan perkara tersebut. Bagaimanapun kita perlu tahu bahawa ia bukanla terapi terbaik. Kadang-kala aib itu datang daripada kita sendiri,” terangnya.
Malah, Ernie juga tidak bersetuju andai ada pasangan bercinta yang saling berbalas status apabila timbulnya sesuatu konflik.
“Saya tak boleh komen sebanya kita tidak tahu apakah tahap rasa sakit yang mereka alami. Kita tak tahu macam mana kesedihan mereka, mungkin ia terubat dengan beritahu di sosial media. Siapa tahu kan?
“Bagi saya masing-masing ada cara sendiri dan boleh fikir baik dan buruk selepas sesuatu tindakan dibuat. Cuma kalau saya, lebih baik selesaikan apa sahaja ketidakpuasan hati secara empat mata.
“Bukannya di media sosial. Bimbang ia akan mengeruhkan lagi keadaan,” jelas Ernie.
Sebelum mengakhiri temubual, anak saudara kepada Ziana Zain ini turut memberi pesan agar tidak terlalu tunjuk kebahagiaan di media sosial.
“Kata orang, hal yang baik juga usahlah terlalu ditonjolkan menerusi media sosial. Ini kerana, persepsi satu individu itu tidak sama dengan semua orang. Masing-masing mempunyai reaksi dan telahan yang berbeza-beza.
“Jadinya, adalah lebih baik untuk kita simpan sedikit untuk diri sendiri. Daripada kita tunjuk, lalu ia jadi hal yang lain pula,” akhiri Ernie.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...