“Dua Tahun Kenal, Yesterday Was Very Our First Time Dapat Jumpa,” – Berkenalan Menerusi Internet, Naim Daniel Perkenal Awek?

Share

Belum pun reda mengenai drama rantaian Pia yang sudah pun sampai ke penghujungya semalam, para peminat Naim Daniel mulai mengucapkan tahniah buat bintang muda itu gara-gara memperkenalkan ‘rakan alam maya’ yang telah dikenalinya kira-kira dua tahun lalu.

Perkongsian tersebut dibuat Naim menerusi salah satu entri Instagramnya yang terkini.

“Dua tahun kenal, yesterday was our very first time dapat jumpa. Meet my internet bestfriend, Syuhada.

“Dia single lagi. Tapi kena lalu dekat saya dulu for approval,” tulisnya ringkas.

Lalu, para peminat serta rakan selebriti memberikan reaksi pelbagai terhadap foto yang dirakam bersama gadis manis yang dimaksudkan itu.

Sementara itu, gadis yang dikenali sebagai Syuhada turut berkongsi foto sama menerusi  akaun Instagram miliknya.

Foto: Instagram Naim Daniel, Syuhada

IKLAN