Siapa yang biasa dengar radio mesti pernah dengar lagu ‘New Rules’ kan? lagu tersebut bukan sahaja ‘catchy’ tapi membuatkan badan kita pun turut sama bergoyang bila dengar bait-bait muziknya.

Mesti korang pelik kenapa tiba-tiba MH cakap pasal lagu itu? Sebenarnya MH ada berita gembira nak kongsi dengan pembaca semua mengenai penyanyi lagu tersebut iaitu Dua Lipa.

MH dapat berita bahawa dia akan mengadakan konsert ‘ Dua Lipa Live in Kuala Lumpur’ pada awal Mei ini! Korang ‘excited’ tak?

Beruntung sungguh Malaysia kerana tersenarai sebagai salah satu ‘pit stop’ untuk konsert Dua Lipa ini, negara lain yang turut menjadi pilihan adalah Hong Kong, Singapore, Seoul dan Tokyo.

IKLAN

Kalau tak silap MH, tahun lalu Dua Lipa pernah datang ke Malaysia kerana terlibat dengan ‘Good Vibe Festival’. Mungkin penerimaan peminat yang begitu ‘supportive’ membuatkan penyanyi tersebut ingin menjejakkan kaki sekali lagi di sini.

Dua Lipa Bakal Ke Malaysia, Mei Ini

Dibawakan oleh IME, konsert tersebut bakal berlangsung pada 3 Mei jam 7.30 malam. Tiket akan mula dijual pada 14 Februari ini.

IKLAN

MH nasihatkan pada para ‘boyfriend’ di luar sana, bolehlah hadiahkan kekasih mereka tiket konsert ini.

Dua Lipa Bakal Ke Malaysia, Mei Ini

IKLAN

MH adalah buat ‘research’ mengenai Dua Lipa ini, antara lagunya yang hit adalah ‘Scared To Be Lonely’, ‘Blow Your Mind (mwah) dan single terbarunya ‘IDGAF’.

Baru-baru ini juga dia turut menjadi artis wanita pertama yang mempunyai 5 pencalonan dalam Anugerah Brits. Hebat betul!

Dalam pada itu, MH dengar cerita yang Dua Lipa ini cantik orangnya, ini yang buat MH tak sabar nak lihat dia secara ‘live’.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI