“Dua Hari Lepas Ramadan Terus Lupa Ke Agama Kau?” – Diana Danielle Bertegas, ‘Warning’ Lelaki ‘Sangap’

Share

Lewat malam tadi, pelakon dan penyanyi, Diana Danielle ada memberi peringatan kepada sesiapa sahaja yang cuba mengirimkan teks yang berunsur ‘mengundang’ buatnya, menerusi Instagram.

Kongsi pelakon Kami Histeria itu lagi, dia mengakui cukup pantang dengan golongan lelaki yang ‘sangap’.

“Pantang sangat lelaki sangap mcm ni!
2 hari lepas ramadhan terus lupa ke agama kau?

“Siapa saja yg hantar msg mcm ni aku letakkan je bagi anak bini tgk skali,” tulis Diana lengkap dengan memuat naik beberapa siri foto akaun yang dimaksudkan.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata peminat meminta isteri kepada aktor Farid Kamil itu supaya bersabar.

Malah, ada beberapa komen yang turut dibalas bintang yang mesra disapa Dee itu.

Foto: Instagram Diana Danielle

IKLAN