Dua Bulan Dirawat, Pencipta Siri Animasi Keluang Man & Usop Sontorian, Kamn Ismail Meninggal Dunia

Share

Menerusi akaun Instagram pelakon senior, Zulkifli Ismail memaklumkan pengarah siri animasi Usop Sontorian dan pencipta animasi Keluang Man, Kamaruddin Ismail telah kembali ke rahmatullah, petang Ahad.

Allahyarham Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.15 petang akibat serangan jantung setelah hampir dua bulan dirawat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)

“Pelopor animasi digital Negara, Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail telah kembali ke rahmatullah petang tadi.

“Allahyarham merupakan pengarah siri animasi Usop Sontorian dan pencipta Keluang Man. Salam takziah buat keluarga Allahyarham. #kartunis #animasi #keluangman #usopsontorian,” tulisnya.

Berita pemergian allahyarham turut dikongsi oleh rakan media dan selebriti.

MH mengucapkan salam takziah kepada seisi keluarga arwah Kamn Ismail dan semoga roh dicucuri rahmat.

Sumber: Astro Awani, Instagram Zulkifli Ismail

IKLAN