DS Aliff Syukri Pamer Lambang Kekayaan, Seluar Dalam Pun Jadi Bukti, Bonda Rozita Beri Reaksi!

Share

Lambang kekayaan bukan hanya pada rumah dan kereta, namun jenama pakaian dalam yang dipakai boleh menjadi simbolik kepada gaya hidup serba mewah.

Mempamerkan seluar dalam berona biru jenama Versace, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia mampu membeli apa sahaja yang diingini berkat hasil usahanya dalam bisnes selama ini.

Malah ulasnya lagi, dia akui cukup menggemari pakaian dalam dari jenama berkenaan yang disifatkan sebagai ‘sejuk’ dan selesa.

Ramai yg org suruh sy tunjuk sepender saya hari ni saya pakai seluar dlm versace hasil perniagaan @as.legacymalaysia syukurr sy mampu beli apa sahaja hasil bisnes online saya dulu sy pakai spender 3 rm10 jee.. tpi kali ni spender ni kainya sejuk dan selesa.. berminat nak join bisnes sy? wussp


0 14-619 2419 skrg modal rm70-5000 jee.. sure korang pun boleh pakai spender yg saya pkai ni,” tulisnya.

Namun apa yang melucukan, tindakan penyanyi Jom Raya ini mengundang bebelan ibunya, Rozita Ibrahim yang turut meninggalkan reaksi di ruang komen.

 

Malah, Aeril Zafrel turut terhibur dan ingin mengetahui siapakah gerangan yang menyuruh dia berkongsi gambar seluar dalam.

haha kelakar la dato ni😂 . sy cuma nak tahu sapa yg suruh tu? tak de kerja lain ke?”

Netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi kepada gambar tersebut.

Foto : Instagram DS Aliff Syukri

IKLAN