
Pelakon, Reen Rahim, berkongsi rasa dan pendapatnya terhadap trend drama masa kini yang didakwa banyak mengetengahkan jalan cerita yang seakan merendahkan martabat wanita.
Menurut Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim, drama tempatan dilihat masih berada di takuk lama tanpa menunjukkan usaha untuk berkembang.

“Jujur cakap, makin lama makin meluat.
Drama sekarang macam tak ada cerita lain. Pusing-pusing kisah penyondol, wanita bodoh dan wanita murah. Lima tahun ini macam skrip stuck dekat takuk yang sama,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Thariq Ridzuwan: His Treasure itu menerusi satu hantaran di aplikasi Threads.
Seruan Untuk Karya Lebih Berkualiti & Reaksi Netizen
Dalam masa sama, Reen mengakui kisah berkaitan penyondol mungkin mudah menarik perhatian penonton.

Namun begitu, dia berpendapat sudah tiba masanya pencipta karya menghasilkan naskhah yang lebih bermanfaat dan mampu mendidik masyarakat.

“Bawa watak jahat memang best tapi POV sebagai penonton, penatlah tengok cerita perempuan murah, lelaki tiada pegangan, perempuan bodoh dan lelaki bebal.
“Itu zaman bila punya perempuan? Zaman itu sudah habiskah. Kini, manusia dah bijak, faham dan ada nilai sendiri.
“Bukan marah. Kita cuma rindu cerita yang ada nilai,” kongsinya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen bersetuju dengan kenyataan tersebut dan berharap industri lakonan tempatan dapat menjadi lebih kreatif pada masa akan datang.
Berikut antara komen-komen netizen;
“Produser Malaysia banyak main ‘play safe’. Itu sahaja. Padahal masa inilah kita boleh cabar bakat-bakat pelakon Malaysia ke tahap lebih tinggi. Kalau cerita pun masih masa seperti dahulu, macam mana? Cubalah ubah situasi cliche ini.”
“Akhirnya, seseorang daripada industri telah bersuara. Sekali dua okay lagi tapi ini tiap kali drama fasal penyondol, penat rasa.”
“Akhirnya ada orang industri yang bersuara. Memang meluat sebab merendahkan darjat perempuan. Macam tiada idea lain dah. Balik-balik kisah penyondol ataupun cerita agama sesat yang jugak merendahkan wanita.”
“Rindu vibes drama airmata Fauziah Nawi, Wan Mainunah, kisah kekeluargaan yang real. Baru masuk jiwa.”
Sehingga kini, hantaran tersebut telah meraih lebih 16,000 tanda suka serta dihujani ribuan komen netizen yang turut berkongsi pandangan mengenai isu ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Threads Reen Rahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!





