“Drama Ni Best Cuma…,” – Ramai Terkejut, Lakonan Ellie Suriaty Cium Kaki Jadi Perhatian Peminat

Share

Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna media sosial telah memut naik satu rakaman video yang memaparkan salah satu babak dari telefilem, Ayah Dari Langit di laman media sosial Twitter.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan pelakon Ellie Suriaty seperti sedang mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramli dalam telefilem tersebut.

“Pegh boleh tahan drama baru Astro dekat Astro Citra, pasal agama sesat.

“Harap Ellie Suriati tak cium betul lah kaki Adlin Aman Ramli. Hahaha movie ni rasanya adapted from kisah Ayah Pin aku rasa,” tulisnya.

Lantas, rakaman video tersebut telah mendapat perhatian meluas daripada warganet.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut apabila menonton babak telefilem tersebut.

Telefilem Ayat Dari Langit ini turut di bintangi pelakon hebat seperti Aznah Hamid, Puteri Sarah Liyana dan ramai lagi.

Telefilem yang berkisahkan tentang ajaran sesat dalam agama Islam ini diarahkan oleh pengarah hebat, Rashid Sibir.

Foto : Instagram Ellie Suriaty

IKLAN