Baru-baru ini, terdapat seorang pengguna media sosial telah memut naik satu rakaman video yang memaparkan salah satu babak dari telefilem, Ayah Dari Langit di laman media sosial Twitter.
Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan pelakon Ellie Suriaty seperti sedang mencium kaki pelakon Adlin Aman Ramli dalam telefilem tersebut.
“Pegh boleh tahan drama baru Astro dekat Astro Citra, pasal agama sesat.
“Harap Ellie Suriati tak cium betul lah kaki Adlin Aman Ramli. Hahaha movie ni rasanya adapted from kisah Ayah Pin aku rasa,” tulisnya.
pegh boleh tahan drama baru Astro dekat Astro Citra, pasal agama sesat, harap Ellie Suriati tak cium betul lah kaki Adlin Aman Ramli. Hahaha movie ni rasanya adapted from kisah Ayah Pin aku rasa lah pic.twitter.com/wJHipvRNOZ
Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 36, atau Sajat menyatakan rasa rindu terhadap dua anak angkatnya, Syaza dan Syahmi.
Luahan tersebut dikongsikan usahawan yang pernah menghasilkan single, Makhluk Penggoda itu menerusi satu entri di Insta Stories, pagi tadi.
Pada masa sama, Sajat turut akui hari-hari menangis mengenangkan dua permata hatinya itu.
“Aku rindu betul anak-anaku. Sumpah aku rindu. Hari-hari aku menangis. Kenapalah jadi macam ini,” tulisnya yang disertakan dengan emoji tangisan.
Sehingga kini, tidak dapat dipastikan mengenai soal penjagaan dua kanak-kanak yang berusia 5 tahun itu, selepas penjaganya terpalit kontroversi kebelakangan ini.
Terdahulu, mahkamah mengeluarkan waran tangkap ke atas Sajat sekitar bulan Februari selepas dia dikatakan gagal menghadiri prosiding sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita sehingga menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Sejak itu Sajat dipercayai menghilangkan diri dan gagal dikesan.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, artis versatil Elly Mazlein telah diundang menjadi tetamu jemputan radio Suria FM menerusi segment Suria Petang yang dikendali oleh penyampai radio Tyzo, Suraya Borhan dan Sharifah Shahirah.
Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mengakui ada menerima tawaran untuk menjadi penyampai di salah sebuah stesen radio tempatan.
Namun, penyanyi yang sinonim dengan lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini berkata terpaksa menolak tawaran tersebut kerana masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab itu.
“Memang ada tapi belum masanya lagi, tapi InsyaAllah kalau ada rezeki dan masa yang sesuai apa salahnya,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi berusia 40 tahun ini berkata gemar untuk mengendalikan segment di waktu petang sekiranya diberikan tanggungjawab untuk menjadi penyampai radio.
Dalam perkembangan lain, Elly kini sedang hamil anak kedua selepas mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama Muhammad Azlan Che Noh pada 18 Januari 2020.
Sebelum ini, Elly pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun telah berpisah pada 15 Oktober 2015.
Hasil perkongsian hidup dikurniakan seorang cahaya mata anak perempuan bernama Putri Sara Sefhia, 5 tahun.
Foto: Instagram Elly Mazlein, Suria FM
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Shah Iskandar menyifatkan laluan untuk terus kekal relevan dalam dunia lakonan tempatan tidak selancar yang disangka ramai, apatah lagi dengan kehadiran pelakon baru yang datang dan pergi.
Meski menyedari posisinya sebagai pelakon yang sudah konsisten, namun dia tetap optimis menceburi bidang perniagaan, seiring dengan kematangan dirinya yang kini bergelar bapa kepada seorang cahaya mata.
“Bagi saya situasi tersebut berlaku kepada kebanyakan pelakon sebenarnya. Bukan senang untuk kekalkan diri dalam industri ini sebab akan ada muka baru datang dan pergi, kita juga akan tua. Saya sedar diri.
“Cuma, tidak semestinya kita akan pegang watak hero selamanya. Saya masih boleh ambil atau rebut tawaran lain misalnya watak antagonis.
“Kalau ditanya sama ada saya terlibat dalam dunia perniagaan kerana sudah tahu ‘job’ berlakon makin kurang, mungkin ia betul. Tetapi saya bagi saya ia lebih kepada untuk tambahkan lagi pendapatan.
“Bila sudah terlibat serius dalam bisnes, sepatutnya saya mulakannya ini sejak lama dulu lagi. Mungkin pada ketika itu belum timbul kesedaran lagi. Sekarang sudah ada isteri dan anak jadi rasa tanggungjawab itu kian besar.
“Masa tengah bujang, pendapatan itu banyak dihabiskan untuk kereta dah motorsikal. Tapi sekarang semua tu sudah pun tak ada, saya hanya miliki keluarga,” katanya.
Shah pada masa sama tidak menolak dia mungkin sudah berhabis ratusan ribu demi hobi tersebut dalam tempoh 10 tahun terlibat dalam seni.
Bercerita mengenai penubuhan Stesen Seni yang baru diusahakan, Shah menjelaskan penubuhan ruang acara itu khsus sebagai platform buat penggiat seni untuk berkarya.
“Pembinaan Stesen Seni ini adalah dengan usahasama rakan kongsi, Datuk Sulaiman Dahlan dan Kafe Sarawak Johor. Sebagai sebuah pasukan, kami berjaya disiapkan premis ini menggunakan tenaga kerja ahli-ahlinya.
“Stesen Seni ini mempunyai pelbagai fungsi kerana ia boleh dijadikan sebagai ruang acara, lokasi penggambaran, bilik rakaman muzik, studio latihan sehinggalah kepada mereka yang mencari premis untuk mengadakan majlis keraian.
“Malah seiring dengan hasrat untuk berkomuniti, kami mengalu-alukan pembabitan penggiat seni, baik daripada golongan yang dikenali ramai mahupun mereka yang ingin mula berkecimpung dalam bidang seni,” katanya.
Lebih menarik, Stesen Seni turut berjaya mengumpul kumpulan busker sekitar Lembah Klang berlatih dengan latihan asas muzik selain berkolaborasi dengan pihak ‘Canorous’ yang juga sebuah komuniti dengan ahlinya terdiri daripada penyanyi yang bergiat aktif dalam aplikasi Smule.
“Besar harapan saya dan ‘team’ untuk melihat progres baik menerusi Stesen Seni ini. Kalau ada rezeki, saya rancang untuk bukanya sebagai francais.
“Buat masa ini, berikan kami masa untuk fokus betul-betul pada Stesen Seni ini demi memastikan semuanya berjalan dengan baik,” katanya yang turut terlibat di dalam bisnes ‘homebacked cookies’, Grunchys.
Shah turut terlibat drama bersiri, Hati Yang Dikhianati di samping Amar Baharin, Mona Allen, Isyariana dan ramai lagi yang bakal bersiaran 12 April depan di Astro Prima dan Prima HD.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit dari rumah produksi Jaja Ishak Channel (JIC), Jaja Ishak bakal menjalankan penggambaran sebuah filem pendek bersempena Aidilfitri tahun ini, selepas kejayaan pelancaran lagu...