Nampaknya ramai yang berang apabila sebuah drama Korea Selatan berjudul Man Who Dies To Live yang baru sahaja ditayangkan sejak 19 Julai lalu.
Drama ini yang memaparkan seorang lelaki Korea berbaju jubah putih ala ‘pak arab’ yang kononnya menetap di tanah Arab dikatakan telah menghina dan mencemarkan imej Islam.
Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah seluruh negara beragama Islam berang dan rasa terhina dengan lakonan yang dianggap sebagai melampau.
Antara babak yang membuatkan ramai netizen terasa adalah apabila lelaki tersebut ‘dihidangkan’ dengan perempuan separuh bogel berbaju mandi sambil mengenakan tudung di kepala.
Selain itu ada juga beberapa adegan yang menampilkan perempuan berhijab namun tidak berpakaian menutup aurat dengan betul.
Namun bukan itu sahaja, drama ini agak keterlaluan apabila pelakon utamanya meletakkan kaki pada sesuatu yang dikatakan seperti Al-Quran dengan angkuhnya.
Kontroversi ini telah menyebabkan ramai pengikut drama Korea terutamanya yang beragama Islam berkecil hati dan tidakbersetuju dengan ‘kehidupan’ pelakon Dal-Goo yang membawa watak sebagai Saeed Fahd Ali.
Malah mereka juga menentang drama tersebut kerana semua gaya hidup watak yang dibawa tidak bersesuaian dengan budaya Arabdan bertentangan dengan kepercayaan Islam.
Menyedari apa yang terjadi, syarikat MBC, yang dipercayai bertanggungjawab tentang isu ini memohon maaf melalui akaun rasmi sosial media mereka. Malah, mereka katakan karakter, nama dan tempat yang dinyatakan dalam drama ini hanya sekadar rekaan semata-mata.
“Kami meminta maaf sekiranya telah mengguris hati mana-mana pihak kerana drama tersebut,” tulisnya secara ringkas.
Malah dia juga memberitahu akan lebih berjaga-jaga dalammenghasilkan filem / drama yang akan datang.
SUMBER : MBC Drama Korea
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI