Drama rantaian 7 Hari Mencintaikui 3 telah melabuhkan tirai pada Jumaat.
Selaku pelakon, Jasmin Hamid berharap para penonton mendapat pengajaran bemanfaat daripada drama bersiri berkenaan.
“Sebahagian dari pemain-pemain Drama #7harimencintaiku3.
“Moga kami dapat sampaikan ilmu yang bermanafaat buat uols semua melalui Karya Puan @sitirosmizahsemail, Garapan Pengarah @khanmancung serta watak para pemain..,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun media sosial Instagram.
Ads
Selain itu, Jasmin tidak menafikan setiap watak yang dilakonkan sememangnya wujud di sekeliling masyarakat kita.
“Yang baik kita jadikan CONTOH. Yang buruk kita jadikan IKHTIBAR. Sememangnya WUJUD watak-watak yang kami lakonkan kerana ada pelbagai manusia di dalam dunia ini.
“Cuma mungkin kita tidak pernah mengenali mereka atau tak sedar yang mereka ada di sekeliling kita. Hebat Bukan?,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, 7 Hari Mencintaiku 3 dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Siti Saleha, Shukri Yahaya, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Drama rantaian ini ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun sudah lebih sedekad menghambakan diri dalam bidang seni, namun pelakon Syafiq Kyle tetap merendah diri dengan mengatakan masih banyak lagi dia perlu belajar untuk memantapkan lakonannya.
Tidak hairanlah pemilik nama sebenar, Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak ini ‘tidak malu’ untuk terus mendaftarkan diri dalam mana-mana kelas lakonan bagi memperbaiki mutu lakonannya agar menjadi lebih berkualiti dari satu naskhah ke naskhah yang lain.
Menurut Syafiq, selain memperoleh ilmu lakonan, dia juga dapat membinan keyakinan diri menerusi kelas-kelas yang pernah dihadirinya sebelum ini.
Antara guru-guru lakonan popular yang pernah mengajar jejaka berusia 30 tahun ini adalah seperti Fatimah Abu Bakar, Aloy Paradoks, Ellie Suriaty, Farid Ramlee dan Ayam Fared.
“Bagi saya kelas lakonan ini penting dan sampai sekarang saya masih lagi belajar.
“Cara saya, saya tidak stick dengan satu-satu cikgu sahaja. Sebaliknya, saya akan ambil kelas lakonan dengan cikgu berbeza mengikut karakter yang akan saya bawakan.
“Sebagai contoh, sekarang saya sedang berguru dengan Ayam Fared untuk lakonan yang ganas, dia ada benda itu dan saya perlu ilmu itu daripada dia,” katanya kepada Media Hiburan.
Syafiq ditemui pada majlis sidang media dan tayangan drama terbaharu lakonannya, Seribu Nina yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Selain mendapat pengalaman lakonan berharga, Syafiq juga mengatakan dia dapat mengatasi masalah overthinking yang sering dihadapinya sepanjang bergelar anak seni dengan memasuki kelas-kelas tersebut.
“Kalau nak tahu saya ada insecurities yang sangat tinggi. Kalau saya buat sesuatu tu, saya rasa tak best, tak menyenangkan, saya sendiri tak nak tengok cerita itu.
“Sampai ada orang kata saya sekarang ini lebih selective (dalam memilih tawaran lakonan)… tapi kalau saya tak memilih, buat sahaja semua benda, saya akan jadi lebih overthinking.
“Bagi saya masalah ini ada pada setiap pelakon, cuma ia kecil atau besar sahaja sebab saya juga mengalaminya.
“Tapi saya tahu macam mana nak overcome daripada segi kerja saya dengan melalui kelas-kelas lakonan yang saya ambil tadi,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Segala ilmu dan pengetahuan yang diperolehi selama tiga hari di Persidangan Radio Eropah 2022 di Malmo Massan, Sweden akan digunakan sebaiknya oleh penyampai radio, DJ Lin.
Lin akui teruja dalam menimba pelbagai ilmu daripada pencinta radio dan mereka yang aktif dalam bidang itu dari serata dunia.
“Segala info, ilmu serta pengalaman yang diperolehi menerusi tiga hari persidangan ini akan saya gunakan sebaiknya dalam usaha memantapkan lagi stesen radio Suria FM dari semasa ke semasa.
“Ini merupakan kali pertama Dj Lin yang menyertai Persidangan Radio di luar negara sepanjang 23 tahun berkecimpung dalam Industri radio di Malaysia,” katanya.
Pemilik nama penuh Roslinda Abdul Majid yang juga Pengurus Besar Suria FM ini berkata, antara fokus utama dalam persidangan itu ialah perkembangan
radio digital serta usaha menarik golongan muda untuk mendengar radio.
Jelasnya, pelbagai pengisian dalambentuk bual bicara serta perkongsian pengalaman berkenaan isu berkaitan dunia radio.
Pada masa sama, kebangkitan drama audio dan podcast turut menjadi antara perkara yang diberikan perhatian dalam persidangan berkenaan.
“Jujurnya saya bersyukur dan sangat gembira dapat menyertai Persidangan Radio Eropah 2022 di Makmo Sweden ini.
“Ini merupakan satu peluang keemasan dan kak lin berasa sangat teruja untuk saya kerana selain dapat menimba ilmu serta pengalaman baru berkenaan perkembangan dunia radio pada masa kini dan juga tentang masa depan dunia radio itu sendiri,” katanya lagi.
Vokalis baru kumpulan, Search, Denden Gonjalez enggan terlalu memikirkan mengenai konflik yang melanda kumpulan tersebut sebaliknya dia mahu memberikan sepenuh tumpuan terhadap konsert Search Rocking On Rooftop yang bakal berlangsung pada 11 Jun depan.
Menurut Denden, dia harus membuat persediaan rapi memandangkan band tersebut bakal mempersembahkah lagu-lagu daripada album Rampage yang jarang dimainkan sebelum ini.
“Buat masa sekarang, saya tidak terlalu memikirkan memikirkan mengenai perkara lain. Fokus saya ketika ini adalah untuk memberikan persembahan terbaik pada hari konsert itu nanti.
“Memang tidak dinafikan, saya mengalami sedikit sekuran untuk menghafal lagu-lagu Search daripada album Rampage kerana lagu tersebut jarang dinyanyikan dan agak asing juga bagi saya.
“Lagu-lagu ini juga keynya agak tinggi tetapi saya sedang berusaha dan berkerja keras untuk berikan yang terbaik,” tulisnya.
Penyanyi asal Indonesia itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Search Rocking On Rooftop yang berlangsung di ibu kota pada Jumaat.
Katanya lagi, meskipun dia mengagumi kehebatan Amy selaku vokalis asal, namun, Denden memaklumkan dia akan tetap menjadi dirinya sendiri sepanjang bersama kumpulan Search.
“Abang Amy sememangnya menyampaikan lagu-lagu Search dengan sangat baik. Saya mengidolakan Abang Amy sejak saya masih kecil. Sangat susah bagi saya untuk menyamai tahap dia.
“Bagaimanapun, saya akan tetap menjadi diri saya sendiri. Saya mahu para peminat menerima saya kerana diri saya sendiri dan bukan dengan sesuatu yang dibuat-buat,” ujarnya lagi.
Ketika ditanya mengenai perasaannya apabila terpaksa berjauhan dengan keluarga, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini mendedahkan situasi ini sudah menjadi kebiasaan buat isteri serta anak-anaknya.
“Keluarga saya sebenarnya sudah terbiasa berjauhan dengan saya dalam jangka masa yang agak lama. Saya juga banyak membuat persembahan di luar negara.
“Jika ingin dibandingkan, saya di Malaysia baru sebulan tetapi saya pernah berjauhan dengan keluarga selama enam bulan untuk mengikuti pertandingan nyanyian di Bulgaria,” akhirinya.
Denden bakal membuat penampilan sulung bersama kumpulan Search yang turut dianggotai Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass) dan Minn (dram) pada konsert yang bakal berlangsung di bumbung Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi, Kuala Lumpur.
Konsert itu juga bakal diserikan lagi dengan persembahan jemputan daripada ratu rock negara, Ella.
Tiket boleh dibeli di Search Rock Station, Kompleks Campbell manakala untuk pembelian dalam talian pula adalah menerusi laman web rasmi mereka.
Tiket dijual bermula pada harga RM88, RM198 dan RM298. Bagaimanapun, tiket berharga RM88 sudah habis dijual.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Search & Amy Search
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.