Dr Sheikh Muszaphar Beri Nama Anak, Sheikh Adam & Sheikh Noah

Pada 27 Julai lalu, kegembiraan berganda buat angkawsan negara Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang menyambut kelahiran cahaya mata kembar pada tarikh sama dengan hari jadinya.Isterinya, Dr. Halina Mohd Yunos.  Bayi tersebut kedua-duanya lahir secara normal.

Sheikh Muszaphar, 45, turut memuat naik foto kedua-dua bayi kembarnya di akaun Instagram peribadi dan mengucapkan terima kasih kepada pengikutnya yang berkongsi nama-nama anak yang cantik dengannya.

Entri tersebut menunjukkan pergelangan kaki bayi kembarnya yang memakai gelang kain yang berhuruf nama mereka dengan kapsyen,

IKLAN

“Thank You for all the beautiful names posted to us . We decided to name the twins Sheikh Adam & Sheikh Noah..Salam Jumaat Everyone.”

Ramai yang memuji nama yang diberikan indah kerana mengunakan nama-nama Nabi dan ada juga berkata keluarga Dr Sheikh sudah lengkap dengan mempunyai dua anak perempuan dan dua anak lelaki.

Eqniq MasyaAllah beautiful names! Congrats again Dr Sheikh Muszaphar and Dr Harlina!

Mellyazizi Yay finally nice names to these handsome twins! 

Ilina1012 MashaAllah. simply beautiful

Nordinazian Nice nama…nama nabi-nabi Allah…

puteri_noraz Senang nama pendek tapi bermakna

Di samping itu, Dr Sheikh juga turut memuatnaik beberapa gambar dua anak perempuan Sophea Isabella dan Sophea Natasha menjaga kedua kembar itu.

IKLAN

Pasangan itu telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Sekali lagi ucapan tahniah daripada kami di MH di atas kelahiran bayi kembar yang comel, Adam dan Noah.

Semoga dengan kehadiran ahli keluarga baru ini akan menambahkan lagi kebahagiaan dan keceriaan dalam keluarga mereka. Didoakan juga agar bayi kembar ini membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua-dua ibu dan bapa mereka.