Dr Che Muhammad Hafiz menasihati Lufya agar tidak melibatkan anak mereka, Laana Haura dalam kemelut rumah tangga yang hadapi ketika ini.
Malah Dr Hafiz turut tidak mahu memberikan kenyataan berkaitan konflik yang berlaku kerana ia secara langsungboleh mengganggu prosedur yang dilakukan pihak mahkamah.
“Berkenaan dengan kes mahkamah, saya tidak mahu memberi kenyataan kerana tidak mahu menggangu prosedur dan saya serahkan kepada Mahkamah dalam menimbangtara kes kami,” katanya.
“Berhubung kenyataan peguamnya mengenai lafaz cerai yang telah dibuat, saya sebagai orang awam telah dinasihati menurut hukum syarak dan undang-undang mengenai situasi sebenar yang berlaku.
“Namun adalah lebih pelik apabila Lufya melalui peguam beliau memfailkan tuntutan penceraian dan bukan pengesahan lafaz yang dibuat jika benar saya lafazkan cerai kepadanya.
“Adakah Lufya menyembunyikan maklumat sehingga mengelirukan tindakan yang diambil oleh peguamnya,” jelasnya lagi.
Ads
Terkesan dengan pelbagai kata-kata serta persepsi sesetengah pihak, Dr Hafiz juga meminta Lufya agar berhenti dari membuat kenyataan kepada pihak media.
Dr Hafiz sebaliknya menjelaskan, andai apa yang diperkatakan itu benar, boleh buktikan di mahkamah.
“Saya juga ingin menasihati Lufya supaya hentikan daripada membuat kenyataan media memburuk-burukkan dan memfitnah saya.
“Sebaliknya buktikan di Mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan.
Ads
“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan beliau serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku bila saya ingin berjumpa dengan anak di rumahnya.
“Sebelum keluar mahkamah semalam, saya memang berjumpa dan meluangkan masa dengan anak disaksikan oleh beliau dan ahli keluarga beliau sendiri malah anak amat rapat dengan saya.
“Hanya setelah anak tersebut pergi kepada Lufya baru saya keluar mahkamah tetapi tidak perasan yang anak mengikuti saya dari belakang.
“Jika benar saya mendengar suara anak saya, takkan sebagai bapa saya sanggup buat tidak endah, dan setelah saya tidak perasan anak,” tambahnya.
Ads
Sementara itu, Dr Hafiz meminta Lufya agar jangan pisahkan haknya sebagai bapa untuk bersama anak tunggal mereka.
“Cuma nasihat saya kepada Lufya apa pun masalah antara kami jangan dipisahkan hak saya untuk bersama dengan anak kerana dia juga anak kandung saya, serta jangan wujudkan kesulitan dan/atau kesusahan kerana anak tidak bersalah dan berhak untuk mendapat kasih sayang ibu dan bapa.
“Anak juga adalah keutamaan saya dan amanah yang diberikan untuk saya didik, lindung dan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak,” akhiri Dr Hafiz.
Dr Hafiz mendirikan rumah tangga bersama Lufya yang juga seorang penyanyi dan pelakon pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura yang kini hampir memasuki usia dua tahun.
Foto: Instagram Dr Hafiz, Lufya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pertama kali merakamkan foto di hadapan kafe sendiri, jelas Elfira, selama ini dia takut untuk mengakui perniagaan ini miliknya.
Ulas ibu kepada seorang anak ini, dia terlalu sibuk dengan soal perkahwinan, hamil dan anak.
“Baru perasan tak pernah nak tangkap gambar sendiri dekat depan cafe sendiri.
“Maybe because i was scared , scared to even say this is my cafe . Because i know , i didnt do much to run this cafe , i was busy the whole year with weddings , being pregnant and now anak tetapi.
“Terima Kasih Allah kerana masih limpahkan rezeki pada saya . Cafe ini pun saya bukak niat ikhlas untuk keluarga . Its a family cafe . Saya yakin kalau kerana niat yang baik , perjalanan nya pun baik,” tulisnya.
Namun ulas pelakon ini, dia menanam hasrat untuk mempelajari selok belok perniagaan dan menguruskan kafe ini sendiri.
“@lovemesevendayscafe dah 4 tahun dah sebenarnya , hahaha tak perasankan ? sebab el pun tak post sangat. ( malu )
“But , i already made a promise to myself . Next year i have to find more knowledge about running a cafe , about handling my businesses and managing my financial . Tahun depan dah 26 , dah kira tualah tu 😂 dah kena kira kira untuk masa depan. jangan busy shopeee pee peee je,” jelasnya lagi.
Usahawan dan hos, Neelofa menafikan khabar angin yang mendakwa dirinya bakal bertunang atau menamatkan zaman bujang tahun depan sebagaimana yang dikatakan sesetengah pihak.
Neelofa,30, berkata, tiada sebarang perbincangan dilakukan membabitkan ahli keluarga mengenai perkara terbabit.
“Sejujurnya tiada apa-apa perbincangan membabitkan ahli keluarga mengenai ke arah itu. Cuma apa yang boleh saya kongsikan, adik dan sepupu saya ada yang bakal mendirikan rumah tangga tahun depan.
“Buat masa sekarang saya dalam perancangan untuk mengembangkan kerjaya seni di Indonesia sekali gus ia menyangkal gosip yang timbul,” katanya.
Pengacara program MeleTop itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi kasut kolaborasi bersama jenama antarabangsa Giuseppe Zanotti di Pavilion, pada Khamis.
Menurut Neelofa lagi, gosip terbabit timbul kemungkinan disebabkan usianya yang kini mencecah 30-an.
“Mungkin sebab umur saya sudah 30 tahun menyebabkan ramai yang membuat spekulasi.
“Tiada sebab untuk saya berahsia mengenai kehidupan peribadi. Kalau ada seseorang, saya akan kongsikan.
“Ini bukan zaman dulu nak sorok-sorok. Andai saya akan melangkah ke fasa baru saya akan kongsikan kepada umum,” katanya lagi.
Sementara itu, ditanya mengenai kolaborasi dengan jenama kasut antarabangsa berkenaan, Neelofa yang menjadi antara selebriti terawal Asia yang tampil dengan kerjasama eksklusif itu meluahkan rasa syukur.
“Saya bersyukur dan teruja atas peluang serta rezeki ini. Ini adalah hadiah bermakna dalam hidup saya kerana saya adalah peminat jenama kasut berkenaan.
“Malah saya sendiri sudah lama menggunakannya. Tak sangka peluang ini datang daripada pemilik jenama ini baru-baru ini ketika terokai beberapa projek di luar negara,” akhiri Neelofa.
Terukir senyuman kebahagiaan pelakon Shera Aiyob apabila mahligai cinta yang dibina bersama suaminya, Zahiril Adzim kekal harmoni sehingga kini.
Terbaru, Shera atau nama sebenarnya Nur Syahirah Aiyob telah mengimbau kembali kenangan bersama suami sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8 tahun.
“201119 Happy 8th Anniversary Sayang! I love you so much!,” tulisnya.
Bukan itu sahaja, peminat turut mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sekadar informasi, Shera mendirikan rumah tangga bersama Zahiril pada 20 November 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Nadi Anaqi, 6 tahun.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.