Pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini menetap di United Kingdom (UK), Dr. Amalina Che Bakri, berkongsi berita gembira mengenai kelahiran cahaya mata keduanya menerusi satu hantaran di laman Instagram, malam semalam.
Bayi perempuan yang diberi nama Aurora Sienna itu dipercayai dilahirkan di Hospital St. Thomas, London, berdasarkan lokasi yang ditandakan pada hantaran tersebut.
“Keluarga kami kini bertambah dari tiga menjadi empat. Kenali cinta baharu dalam hidup kami, Aurora Sienna.
Ads
“Arabella sangat teruja menjadi seorang kakak. Alhamdulillah,” katanya menerusi kapsyen bersama beberapa keping gambar yang turut memaparkan suami beliau, Alexander Charles, dan anak sulung mereka, Arabella Mia.
Untuk rekod, Dr. Amalina, yang pernah mencatat sejarah sebagai pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004 apabila berjaya mencapai keputusan 17A.
Beliau mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 31 Mac 2021 dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Pusat Islam London.
Ads
Anak sulung mereka, Arabella Mia, dilahirkan pada Oktober 2022, juga di Hospital St. Thomas.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman merakamkan penghargaan kepada Pusat Tuisyen PTTI atas sumbangan tajaan sebanyak RM100,000 kepada kawasan Parlimen Muar.
Menurut Syed Saddiq, dana ini akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk membantu pelajar kurang berkemampuan mengikuti kelas tambahan menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
“Saya kena ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Farhana dan pasukan PTTI atas sumbangan yang sangat besar.
“Pendidikan memang merupakan keutamaan anak-anak kita dan bukan semua ada kesempatan atau kemampuan untuk mendapat akses kepada kelas tuisyen yang berkualiti.
“PTTI sendiri telah membuktikan rekod prestasi yang sangat baik, malah antara terbaik dalam mendidik anak-anak untuk mencapai keputusan cemerlang,” katanya kepada MH.
Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemui dalam majlis Roadtour Skor A+ SPM PTTI yang berlangsung di IDCC Shah Alam, pada Rabu lalu.
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut menyatakan kerjasama sebegini sangat penting untuk memastikan akses pendidikan berkualiti tanpa mengira latar belakang pelajar.
“Bukan semua ibu bapa mampu menghantar anak ke kelas tuisyen fizikal, lebih-lebih lagi jika tinggal di kawasan pedalaman seperti Sungai Balang yang jauh dari pusat bandar.
“Inisiatif pendidikan dalam talian dan bantuan seperti ini amat penting untuk anak-anak kita ‘catch up’ dan mengurangkan jurang pendidikan,” katanya lagi.
Sementara itu, menerusi Majlis Roadtour Skor A+ SPM PTTI, menyaksikan kehadiran hampir 4,000 calon SPM dari seluruh negara.
Program ini direka khas untuk membakar semangat para pelajar dengan bimbingan secara bersemuka daripada Pakar SPM PTTI.
Kehadiran Syed Saddiq dan penyanyi serta pelakon Bella Astillah turut mencuri tumpuan apabila mereka berkongsi kata-kata motivasi dan kisah peribadi sebagai inspirasi buat para pelajar.
Program tersebut berlangsung dengan meriah dan penuh semangat.
Antara personaliti lain yang turut memberikan sokongan termasuklah MK K-Clique, Iman Troye, Zaki Yamani, Nabila Razali, Space Dollah, Asyraf Khalid dan ramai lagi.
Sekaligus, ia menjadikan acara ini bukan sahaja sebagai medan ilmu, malah sebuah pengalaman berharga bagi semua yang hadir.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin tidak menafikan dia memang ada perancangan untuk membawa anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 5, bercuti ke Tokyo Disneyland dalam tahun ini.
Menurut Fattah, 35, percutian tersebut bukan hanya melibatkan mereka berdua, malah turut disertai ahli keluarga lain termasuk ibu bapa dan adik-beradik.
“Memang kami ada perancangan untuk bercuti bersama di Tokyo Disneyland cuma Fatima terikat dengan jadual persekolahan.
“Bila sudah tahu jadual persekolahan Fatima, barulah saya boleh merancang percutian itu,” jelasnya.
Dalam pada itu, Fattah, atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, menyatakan percutian keluarga tersebut akan direalisasikan sebaik sahaja semua susun atur jadual anaknya dipastikan berjalan lancar.
Malah tambahnya lagi, insya-Allah percutian itu tetap akan berlangsung tahun ini.
Fattah bagaimanapun berpendapat, perkara berkaitan keluarga termasuk percutian sepatutnya boleh disampaikan melalui WhatsApp.
“Cuma itulah, boleh sahaja perkara itu (berkaitan percutian bersama Fatima) disampaikan kepada saya melalui WhatsApp,” katanya, lapor Harian Metro.
Terdahulu, menerusi hantaran video di Instagram milik anak kepada Fattah Amin dan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya yang kini tular, kanak-kanak comel itu dilihat meluahkan hasrat untuk bercuti ke Tokyo Disneyland bersama bapa tersayang.
Dalam sedutan video itu, Fatima secara spontan mengajak bapanya ke taman tema popular dunia itu sambil menyebut nama beberapa ahli keluarga lain untuk turut serta dalam percutian impian tersebut.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir dua tahun berehat untuk menumpukan perhatian kepada anak, pelakon Yuna Rahim mengakui bukan mudah untuk dirinya kembali membiasakan diri di set penggambaran.
Malah menurut Yuna atau nama sebenarnya Shafiqah Husna Abdul Rahim, selain mengalami serangan anxiety, dia turut merasakan kemahiran lakonannya mula pudar.
“Saya rasa seperti hilang diri sendiri. Sebelum ini, kita sudah biasa bekerja dan berjumpa dengan ramai orang. Bila saya nak kembali ke set, tiba-tiba ada perasaan anxiety.
“Saya jadi terlebih fikir. Adakah orang masih boleh menerima saya dan lakonan saya? Dahulu, saya boleh melakonkan apa sahaja watak dengan mudah.
“Bila lama tidak bekerja, saya rasa seperti budak baru belajar. Saya asyik tertanya-tanya okay ke lakonan saya. Saya banyak rujuk kepada pengarah,” katanya kepada MH.
Yuna berkongsi perasaan itu ketika ditemui di sidang media drama Lambaian Huda terbitan Viu yang berlangsung di The Starhill, Bukit Bintang.
Mengenai cabaran berjauhan dengan anak yang masih kecil, Yuna bersyukur kerana dikelilingi ahli keluarga yang memahami dan sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.
“Saya tidaklah terlalu sedih bila terpaksa tinggalkan anak untuk bekerja. Namun, bila di set, saya akan rindu bila lihat gambarnya. Ini adalah pengorbanan untuk masa hadapan. Jadi, saya perlu bekerja.
“Saya di kelilingi dengan orang-orang yang sangat menyokong seperti ibu, ibu mentua dan suami. Suami saya bekerja sebagai kru produksi. Bila saya kembali bekerja, dia pula akan bekerja di pejabat.
“Kini, dia ambil alih jaga anak. Kalau dia bekerja juga, kami akan hantar anak kepada ibu atau ibu mentua. Ketika ini, kami masih tak berani nak serahkan jagaan kepada orang lain,” kongsinya.
Walaupun harus bersaing dengan pelakon baharu yang lebih muda, Yuna tetap percaya kepada rezeki dan takdir Allah SWT.
“Saya memang agak risau. Malah, ada terdetik dalam hati yang saya ini tidak laku seperti dahulu. Bila kita sudah berkahwin dan punyai anak, selalunya orang tidak akan ambil kita sebagai heroin lagi.
“Malah, kehadiran pelakon baharu pula makin bertambah setiap tahun. Ramai di antara mereka yang lebih cantik dan berbakat.
“Tak mengapalah, apa sahaja watak yang diberikan, saya akan buat yang terbaik. Kualiti yang ada pada kita, tak sama dengan orang lain. Saya tetap berpijak di bumi yang nyata. Setiap orang ada kelebihan sendiri,” katanya lagi.
Yuna mendirikan rumah tangga dengan kru produksi Muhammad Nurakmal Ayub pada tahun 2023 dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...