Nampaknya isu tentang tahanan reman suami kepada penyanyi Ziana Zain hangat diperkatakan.

Walaupun suaminya ditahan reman atas sebab merotan anaknya, namun tidak kurang juga yang mula menyalahkan Ziana kerana menganggap dia membesarkan isu ini.

Oleh itu, melalui akaun Instagram Ziana, dia meminta orang ramai untuk jangan sesekali menilai dan menghakimi kehidupannya kerana tiada orang yang memahami apa yang dilaluinya.

Tanpa meletakkan apa-apa kapsyen, perkongsian ini mendapat 24ribu like dan lebih seribu komen memberi simpati ke atas penyanyi ini.

IKLAN

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain) on

Rata-rata turut berdoa agar kes Ziana dan suaminya ini dapat ditangani dengan mudah dan selancarnya.

IKLAN

Malah ramai juga tidak lupa memberi kata semangat agar dia terus kuat melalui semua ini.

IKLAN

Terdahulu suami Ziana Zain telah ditahan reman atas tuduhan mencederakan anaknya kira jam 4 pagi.

Bagaimanapun suaminya itu mengaku tidak bersalah dan menganggap dia hanya menjalankan tanggungjawab mendidik anaknya tentang solat dan mengaji.

Mahkamah menetapkan kes ini akan disebut semula pada 4 April akan datang.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI