“Doktor Suruh Matikan Dia…” – Ramlal Terus Aktif, Zara Zya Percaya Ketentuan Maha Esa

Share

Berkongsi rakaman video kucing peliharaannya, Ramlal, pelakon Zara Zya menyifatkan apa yang berlaku adalah kekuasaan Allah.

Tulisnya lagi menerusi Instagram, sewaktu Ramlal dilahirkan, doktor menasihatkan untuk matikan si comel berkenaan dek kerana jangkitan di kaki yang dialami kucing itu.

Bagaimanapun, Zara jelaskan dia berpegang kepada satu perkara, iaitu selagi kucing tersebut bernafas, dia akan menjaganya sepenuh hati.

Dulu waktu dia lahir, doktor cakap suruh matikan dia sebab dia tak kuat. Dia ada jangkitan kat kaki dia. (Sampai kaki dia kena potong) tapi saya berpegang pada satu, selagi dia bernafas, saya akan jaga dia sepenuh hati.

“Alhamdulillah syukur sangat2, saya tak sangka Ramlal skrg aktif, lari laju mcm lipas kudung hehehe… dia special sgt.

“Btl lah org ckp, kalau kita yakin dan sygkan sesuatu, jaga lah dia sebaik mungkin.

“Ajal maut tu ketentuan Allah. Panjang umur Ramlal. Mommy doakan Ramlal terus sihat dan aktif sampai bila2 tau,” tulisnya.

Tidak bersetuju dengan tindakan mematikan haiwan kerana penyakit, netizen meninggalkan pendapat masing-masing di ruangan komen.

Ajal maut di tangan Tuhan, sebagai manusia, kita harus berusaha sehabis baik sebelum menyerahkan kepada takdir, atau mungkin cara itu juga yang terbaik.

Foto : Zara Zya

IKLAN