“Doakan Yang Baik-Baik,” – Hafidz Roshdi

Share

Pelakon Hafidz Roshdi pada Ahad memuat naik gambar di Instagram sedang menggengam erat tangan seorang wanita dipercayai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hantaran tersebut seolah-olah memberi gambaran hubungannya dengan Nurul Shuhada kembali jernih selepas wanita yang di kenali sebagai Athira Yuhada, memohon maaf kepada isterinya dan dua anak mereka.

“Alhamdulillah… terima kasih yang mendoakan kebahagiaan kami sekeluarga. Doakan hubungan kami kekal hingga ke syurga,” tulisnya pada ruang kapsyen.

Menerusi hantaran sama, finalis Hero Remaja sezaman Fattah Amin itu turut menyertakan lagu Anita Sarawak, Selamat Pengantin Baru.

Sementara itu, menerusi ruangan komen pula, netizen tampil meninggalkan pelbagai reaksi.

Hafidz turut meminta ramai mendoakan yang baik-baik, seperti mana yang dikongsikan menerusi Insta Story.

Terdahulu, kemelut rumah tangga Hafidz mula diperkatakan apabila isterinya sendiri mendedahkan suaminya itu pernah ada hubungan dengan wanita lain.

Kemudian muncul pula nama wanita, Athira Yuhada yang mendakwa Hafidz pernah cuba mendekatinya sejak sembilan tahun lalu.

Athira bagaimanapun dalam satu perkongsian mengaku kesilapan tersebut dan memohon maaf kepada Nurul Shuhada susulan apa yang telah berlaku.

Memberikan respon kepada kenyataan Athira, Nurul Shuhada memberitahu dia boleh memaafkan tapi tidak akan melupakan apa yang sudah berlaku.

Untuk rekod, Hafidz berkahwin dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN