“Doakan Terus Sukses Dalam Kerjaya, Kehidupan & Cinta,”- Anggap Rezeki Tahun Baru, Dj Lin Naik Pangkat Jadi Pengurus Besar Suria FM

Share

Penyampai radio berpengalaman, Dj Lin berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini telah pun dinaikkan pangkat sebagai Pengurus Besar setesen radio Suria FM.

Menurut Dj Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, dia menyifatkan pencapaian ini sebagai rezeki yang telah dikurnia oleh Allah S.W.T terhadap dirinya.

“Alhamdulillah #djlin dapat hadiah #flowerbouquet lagi. Kali ni dari @edaidris . Thank you sayang moga murah rezeki

“Katanya sempena kenaikan pangkat #djlin sebagai #PengurusBesar #Suriafm . Syukur atas rezeki kurniaan Allah,” tulisnya.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyampai segmen Suria Cinta itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Dj Lin turut berharap agar para peminat dapat mendoakannya untuk terus mengecap kejayaan pada masa akan datang.

“Antara berita paling gembira buat Lin di awal tahun #2021 ni. Doakan Lin terus sukses dan gemilang terus dalam #kerjaya #kehidupan dan  #cinta  Ameen #djlindapathadiah  #djlinnaikpangkat #generalmanager #GM @suriamalaysia #djlinbersyukur,” katanya lagi.

Berikutan pencapaian tersebut, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dan ada juga yang menitipkan hadiah sebagai tanda penghargaan.

Sekadar info, sebelum dilantik sebagai pengurus besar, Dj Lin telah menyandang jawatan sebagai Head of Station di stesen radio berkenaan sejak tiga tahun yang lalu.

Sumber: Instagram Dj Lin

IKLAN