“Doakan Saya,” – Sabhi Saddi Alami Masalah Tulang Belakang, Tetap Mahu Beraksi Di GV Malam Ini

Share

Mengalami masalah tulang belakang pada malam persembahan Gegar Vaganza 2019, Sabhi Saddi berkongsi sekeping foto sedang mendapatkan rawatan.

Walaupun dinasihatkan untuk berehat, namun dia bertegas untuk terus beraksi untuk lagi Makhluk Tuhan Paling Seksi pada saingan kelima konsert malam ini.

“Doakan sy… semoga semuanya dipermudahkan.. Harap2 takde la yg serious,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

Jelas Sabhi, sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan ‘slip disc’ dan rata-rata netizen menyarankan agar dia lebih berhati-hati.

Foto : Instagram Sabhi Saddi

IKLAN